Karnival Usahawan dan Koperasi yang dijalankan pada 28 November bertempat di Paya Besar telah mendapat sambutan hangat, khususnya dari pihak peniaga yang hadir bagi menyempurnakan karnival ini.
Menariknya, Bank Negara Malaysia juga turut sama hadir dalam karnival ini dan menyampaikan banyak input, sangat berguna bagi golongan B40.
Antara salah satu usaha kerajaan dalam membantu individu ini adalah dengan memprkenalkan skim insurans ‘Tenang. Insurans ini sedikit sebanyak membantu mereka yang tidak mampu untuk membiayai kos bagi memperolehi insurans.


Insurans merupakan bentuk peralihan sama rata risiko berbentuk kerugian bagi sebuah syarikat manakala bagi individu pula, ia adalah satu bentuk dalam membantu mereka jika menimpa sebarang musibah dan kematian.
Harga bagi sebuah insurans ini adalah berbeza mengikut agensi dan kebiasaannya mencecah sehingga ratusan, malahan ribuan ringgit.
Namun, insurans ‘Tenang’ yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia ini menawarkan harga sebanyak RM75 sahaja bagi individu yang berkelayakan.
Anda boleh menyemak kelayakan anda di sini. Tambahan, agensi yang terlibat dalam insurans ini adalah agensi-agensi yang boleh dipercayai.