fbpx
jpe

Banjir Melanda Kuantan, Polis Buka 33 Pusat Pemindahan Sementara

Akibat kesan hujan yang berlarutan sejak 3 Januari lalu, keadaan paras air di Kuantan naik mendadak mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Kuantan banjir teruk.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Sungai Lembing, Seri Damai dan Paya Bungor Gambang dan kawasan Beserah serta Kampung Galing.

SPONSORED

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali, angka keseluruhan yang terjejas setakat ini seramai 2,434 orang. Jumlah keseluruhan mangsa tersebut melibatkan 711 keluarga.

Sejumlah 33 Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah dibuka di daerah Kuantan yang menempatkan mangsa dari 33 kampung. Sehubungan itu, beberapa pihak polis menutup laluan beberapa tempat antaranya di Jalan Sungai Lembing.

Dalam satu laporan lain, jumlah mangsa yang dicatatkan di negeri Pahang sahaja hampir mencapai 10,000 iaitu seramai 9,684 dari lebih 3,000 keluarga.

SPONSORED

Bagi pengguna jalan raya, status laluan daripada Kuantan Ke Kuala Lumpur telah dibuka dan boleh dilalui. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi bilik gerakan IPD di talian hotline 09-5143799 / 09-5652090 / 09-5142999 pada bila bila masa.

via: SHO

Related Posts