fbpx

Banjir Balak, Bukti Kerakusan Manusia Atau Takdir Tuhan?

- Sponsor -

Penemuan ribuan balak yang terapung di sepanjang Sungai Telemong, Bentong, dekat sini susulan bencana banjir lumpur luar biasa memerlukan siasatan telus dan profesional oleh pihak berkuasa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri ketika ini sedang menunggu laporan lengkap siasatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berhubung timbunan kayu balak di Sungai Telemong.

Persoalannya, dari manakah timbunan balak ini datang dan syarikat pembalakan manakah yang terlibat? Ternyata ini bukan aktiviti pembalakan biasa-biasa tetapi sudah melampaui batas yang telah terbongkar kerana kuasa Allah Yang Maha Kuasa.

Sumber: BHarian.com.my
- Sponsor-

Tidak dinafikan pembalakan salah satu ekonomi yang menjadi sumber negeri. Namun, pembalakan seharusnya ada had! Keseimbangan aturan Tuhan tetap perlu dijaga. Kalau semua pun ada lesen membalak, memang ia jadi kelulusan untuk menggondol hutan sesuka hatikah?

Sumber: NST.com.my
Sumber: Facebook.com/FarrahoodAlhardy

Sendiri yang merosakkan alam, boleh pula tuding jari mengatakan ia takdir Tuhan. Sedarlah, orang-orang kampung di situ ada yang meninggal dunia dan ada yang hilang ketika banjir berlaku. Nyawa manusia bukan boleh dibuat main. Agensi manakah yang bertanggungjawab membiarkan perkara ini makin melarat?

Sudah terlalu banyak kes banjir yang berlaku disebabkan pembalakan lebih-lebih lagi di Pahang. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus mengambil serius perkara ini dan ambil tanggungjawab sewajarnya.

- Sponsor -
- Sponsor -