fbpx

Bandaraya Kuantan Ada Hentian Khas Untuk Kucing Jalanan


Hari ini Kuantan gempar akan wujudnya hentian kucing di Bandaraya Kuantan yang dirancang oleh Kelab Sahabat Kucing Jalanan (SKJP).

Hal ini terjadi oleh kerana populasi kucing yang semakin meningkat kerana ada segelintir individu yang membela kucing namun tidak peka akan cara penjagaan yang sewajarnya seperti proses memandulkan kucing.


Perkara ini menyebabkan induk kucing itu makin bertambah dan membuatkan individu tersebut terpaksa membuang anak-anak kucing di pasar dan sebagainya.


Dengan kewujudan hentian kucing ini, mereka juga dapat membantu para individu yang mempunyai sifat prihatin akan nasib si bulu ini. Ada segelintir individu yang mengutip kucing jalanan untuk dibela namun terpaksa melepaskan mereka kerana kos rawatan dan juga perbelanjaan yang tinggi.

Selain daripada melakukan hentian kucing ini, kita juga dapat membantu melalui adoption. Bagi mereka yang berkemampuan, anda boleh membantu dengan mengambil kucing-kucing terbiar ini untuk memelihara mereka.

Hentian kucing ini dirancang diwujudkan di kawasan tumpuan seperti di Benteng Sungai Kuantan berhampiran Tanjung Api, Taman Gelora, Pantai Teluk Cempedak dan Batu Hitam

Apa pendapat anda?

SumberKosmo

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin