fbpx

Bandar Jerantut Merupakan Antara 3 Bandar Terpilih Bagi Projek Showcase Bandar Sihat

- Sponsor -

Bandar Jerantut dikenali sebagai bandar Taman Negara dan ia menjadi antara tiga buah bandar di Malaysia, dipilih di bawah Projek Showcase Bandar Sihat (PSBS) bagi projek memperkasa gaya hidup sihat dan sejahtera.

Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan, menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib. Kos dikeluarkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan rekreasi.

Matlamat utama Agenda Nasional Nasional Malaysia Sihat (ANMS) adalah untuk mendidik, dan membudayakan hidup sihat kepada rakyat.

sumber gambar: Kosmo Online
- Sponsor-

Ini mampu menjadi perlindungan kepada individu apabila berdepan dengan ancaman kesihatan.

Projek Showcase Bandar Sihat ini merupakan gabungan kolaborasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

sumber gambar: PLAN Malaysia

Ia dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib di Dewan Uptown Bandar Jerantut pada 12 Disember lepas.

- Sponsor -
- Sponsor -