fbpx
kulacakes

Bagaimana Kula Cakes Mengangkat Nilai Dan Nama Kuantan Ke Serata Malaysia

Kula Cakes! Rasanya kami tak perlu perkenalkan lagi kedai kek yang satu ini di Kuantan. Cukup terkenal dengan menu Manggo Cheese Cake, kafe dengan konsep unik ini bukan sahaja menjadi tarikan penduduk lokal, malah ia mendapat perhatian pelancong dalam dan luar negara.

Jika datang ke Kuantan, ia seakan percutian yang tidak sempurna jika tidak berkunjung ke Kula Cakes. Kula Cakes bukan sekadar kedai kek, namun telah disenaraikan sebagai lokasi wajib dikunjungi pelancong di Kuantan.

PREMIUM

Pengiktirafan ini dilabel oleh laman web pelancongan dunia seperti TripAdvisor dan Lonely Planet sebagai ‘Top Choice’ diadili berdasarkan pengalaman mereka yang telah berkunjung ke sini sendiri.

Sebenarnya sudah lama kami di KUANTANLOKA terinsiprasi dengan apa yang dilakukan oleh Kula Cakes. Banyak yang ingin kami tahu tentang perjalanan sebuah kedai kek tepi jalan di Kuantan ini.

Pada kami, Kula Cakes antara tempat-tempat di Kuantan yang memainkan peranan besar terhadap industri pelancongan di Pahang. Ialah, mana tidaknya, walau hanya bermodalkan kek keju mangga (Manggo Cheese Cake), ia mampu memberikan impak yang begitu besar sekali.

SPONSORED

Setiap kali lalu di hadapan Kula Cakes, pertanyaan ini selalu bermain di fikiran kami.

“ Siapa otak di sebalik Kula Cakes ni? Kedai tak lah besar mana, cawangan pun tak ada. Tapi boleh jual kek sampai satu Malaysia teruja nak cuba. Sebab Kula Cakes punya hal, orang yang tak nak datang Kuantan pun terpaksa datang! ”

Related Posts