fbpx
featured image sizing

Bagai Di Alam Fantasi, Gunung Nenek Semukut Hiasi Pulau Tioman

Jika anda berada di dalam feri menuju ke Pulau Tioman, pasti dapat ‘menangkap’ rupa unik dan menarik sebuah gunung gah ‘bertanduk dua’ menyambut kedatangan anda di perairan tersebut.

‘Dragon Horns’ atau Gunung Nenek Semukut merupakan pemandangan entiti indah yang menghiasi Pulau Tioman. Terletak di Kampung Mukut Pulau Tioman, Gunung Nenek Semukut dengan pasangannya, Batu Simau menjadi sebahagian daripada lagenda pulau indah negeri Pahang.

PREMIUM

Puncak berkembar itu dikatakan ‘tanduk’ puteri naga yang menukarkan dirinya menjadi Pulau Tioman. Selain menyerupai seakan sepasang naga yang terbaring lena, sisi lain Gunung Nenek Semukut juga dikenali dengan formasi seakan wajah manusia pada puncaknya.

GAMBAR: LIBUR
GAMBAR: LIBUR

Berdiri pada ketinggian kira-kira 703 meter dari paras laut, puncak Nenek Semukut dan Batu Simau adalah batuan granit tertinggi dalam ukuran 90 darjah menegak di Malaysia dan tersenarai antara laluan pendakian paling sukar di rantau ini.

Gunung Nenek Semukut juga dikatakan merupakan salah satu daripada syurga mendaki tebing di Asia Tenggara.

SPONSORED

Bukit Nenek Semukut telah ditawan kali pertama pada tahun 2000 oleh Scott C Nelson dari California, rakyat Amerika Syarikat dan Nick Tamlin dari England yang mengambil masa lima hari untuk sampai ke puncak.

GAMBAR: LIBUR
GAMBAR: LIBUR

via: Libur

Seekor ikan yu dijumpai mati di dasar laut Pulau Tioman namun ia bukan akibat perbuatan manusia.

Baca juga: Penyelam Temui Bangkai Ikan Yu Di Dasar Pulau Tioman Yang Masih Segar

Related Posts