atv

ATV Ride Antara Aktiviti Menarik Boleh Anda Buat Di Pantai Cherating

Cherating merupakan bandar percutian di Kuantan yang sangat terkenal dengan Santuari Penyunya. Selain daripada Santuari Penyu, Cherating ini sebenarnya mempunyai banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan. Dan salah satunya adalah, memandu ATV di Pantai Cherating.

Anda boleh memandu ATV secara bersendirian di pantai yang sangat cantik ini selama satu jam yang juga dilengkapi dengan sesi bergambar di kampung nelayan yang berdekatan. Jangan risau kerana arahan dan semua peralatan keselamatan disediakan untuk menunggang ATV separa automatik ini.

Pada permulaannya, anda akan berjumpa dengan pelatih anda dan sekumpulan kecil sehingga enam orang dan di situ anda akan menerima arahan pemanduan ATV ini. Enam orang sekumpulan adalah untuk memeberikan anda pengalaman penuh memandu ATV ini.

kredit: cheratingfirefly

Sebaik sahaja anda boleh memandu ATV ini dengan selesa, anda akan mengikuti pelatih anda memandu di sepanjang Pantai Cherating. Dan anda juga boleh memilih waktu anda sendiri untuk memandu ATV ini.

Di sini anda boleh menemui lanskap yang menakjubkan di Kuantan, termasuklah kawasan hutan bakau yang bersempadan dengan bandar pantai.

kredit: Facebook piccerstudio

MAKLUMAT TAMBAHAN:

SPONSORED

Tempat berlepas:
Restoran Seafood Ah Low, Bt 28, Kg Cherating, Jalan Kuantan Kemaman, 26080, Balok Pahang, Kampung Cherating, 26080 Balok, Pahang, Malaysia

Tempoh
1 Jam
Tempat Berakhir:
Kembali ke titik berangkat yang asal

Pemanduan termasuk dengan:
Pelatih dan panduan ATV
Peralatan keselamatan: topi keledar

Pemanduan tidak termasuk:
Makanan dan minuman
Hotel pickup dan drop-off

Total
8
Shares
Related Posts