Bagi mereka yang menetap di Pekan, tahukah anda bahawa Pekan mendapat nama dari sejenis bunga putih seakan-akan bunga melur.
Pokok bunga pekan ini kebiasaannya tumbuh di sepanjang tebing sungai Pahang. Namun, ada juga berpendapat bahawa ia mendapat nama dari perkataan bandar iaitu pasar sehari atau tempat orang menjual beli.
Pekan turut dikenali sebagai ‘Pura’, mengikut bahasa sanskritnya adalah bandar yang menjadi tumpuan peniaga.


Daerah ini dibahagi kepada dua iaitu Pekan Baharu dan Pekan Lama. Pekan Baharu ini didiami oleh rakyat jelata manakala Pekan Lama pula didiami oleh Sultan serta Pembesar Pahang.
Pemisahan kepada kedua kawasan ini dilakukan oleh orang Siam dengan cara menggali parit dan sehingga kini, parit itu masih ada.
Menariknya, Pekan terkenal dengan tenunan songket termasuklah puding raja yang menjadi trademark di Pekan selain murtabak mengkasar.