fbpx
kamal

Artis Graffiti Dari Kuantan ‘Kamal Patio’ Bawa Bakat Serata Malaysia

Bila sebut Graffiti, ada masyarakat beranggapan negatif mengaitkan ia dengan vandalisme dan perkataan tidak elok dibaca. Namun lain pula dengan Kamal Bin Mohd Idris atau lebih dikenali sebagai Kamal Patio yang menjadikan seni graffiti sebagai kerjayanya seorang artis. Pemuda berusia 29 tahun ini berasal daripada Gambang,Kuantan telah meminati seni lukis sejak usia 6 tahun lagi.

Tidak harian lah nama beliau kini menjadi sebutan dari jalanan hingga ke meja korporat. Beliau yang kini sedang menyambung pelajaran dalam Master of Architecture, giat menerima tempahan daripada pelanggan yang meminati seni graffiti dan mural. Bermula daripada seorang diri, kini beliau sudah mempunyai pasukan yang lengkap untuk projek berskala besar.

PREMIUM

Jika diteliti hasil kerja beliau, kami di KUANTANLOKA sangat mengkagumi dengan bakat yang ada kerana bukan sahaja memerlukan seorang artis graffiti yang mahir tetapi juga kesabaran dan disiplin yang tinggi. Pernah menerima tempahan serendah RM50, hasil seni beliau kini boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada saiz dan kesusahan gambar.

GAMBAR: KAMAL PATIO
GAMBAR: KAMAL PATIO
GAMBAR: KAMAL PATIO

Berpengalaman lebih 10 tahun dalam seni ini, beliau berkongsi rekod lukisan paling lama bertahan pernah dibuat adalah di Tadika Seri Iman Intelek, Bukit Sekilau yang berusia 7 tahun. Berbekalkan minat,bakat dan ilmu yang ada, beliau berjaya mengembangkan sayap seni ke serata Malaysia dan pernah juga menerima anugerah Academic Excellent Award For Part 2 oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia.

” Biasa sebulan 2/3 tempahan, cuma dalam masa sekarang saya hanya mengambil sesetengah projek kerana mahu fokus untuk dapat kan title AR dahulu. Kerana architecture adalah jiwa. Namun mural dan seni pula adalah anugerah Allah. Saya tidak akan tinggalkan kedua nya.” katanya.

GAMBAR: KAMAL PATIO
SPONSORED

Bagi yang berminat akan hasil seni beliau. Boleh lawati laman Instagram Kamal Patio

Lihat hasil kerja lelaki ini serikan Bandar Kuantan dengan hasil kerja mural artistik yang buat ramai orang terpegun. Baca artikel dibawah

Baca juga: Minat Seni, Lelaki Ini Hiasi Bandar Kuantan Dengan Seni Mural Yang Artistik

Related Posts