fbpx

Anda Mungkin Perlu Beratur Panjang Jika Mahu Ke Cafe Marion Di Cherating Selepas Ini


Pada beberapa minggu lepas, Cafe Marion yang terletak di Cherating, Pahang ini mula tular di Facebook selepas dikongsikan oleh Rizal Hakim Punya sehinggakan perkongsian itu dikongsi semula lebih 33,000 kali.

Mendapat perhatian dan sambutan menggalakan dari pengujung tempatan, selepas ini anda mungkin perlu beratur panjang jika mahu menikmati hidangan yang ada di Cafe Marion selepas ini.


Dalam satu perkongsian dibuat oleh Cafe Marion di Facebook semalam, dilihat ramai pengunjung mula menerjah kafe mereka hinggakan terpaksa menunggu dan beratur panjang untuk membuat pesanan.


Untuk pengetahuan anda, kafe ini dimiliki sepasang suami isteri iaitu Doje dan Marion. Marion ini sebenarnya merupakan seorang Muslim Perancis dan semestinya Cafe Marion menghidangkan pelbagai jenis pencuci mulut dan pastri asli Perancis.

Untuk maklumat lanjut mengenai kafe ini, anda boleh like dan follow Cafe Marion di Facebook.

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin