fbpx
featured image sizing

Anda Kini Boleh Mendaki Gunung Tahan Di Google Hanya Dari Rumah

Dengar macam tidak logik bukan, namun inilah usaha yang dilakukan oleh Google yang baru sahaja membuka peta jalan melalui trek di Gunung Tahan.

Gunung Tahan; puncak tertinggi Semenanjung Malaysia pada 2,187 meter. Pemetaan ini adalah tambahan kepada Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Mulu dan Taman Negara Pahang.

PREMIUM

Pemetaan ini dilakukan sukarelawan Google Malaysia dan Malaysian Nature Society. Kebiasaan pemetaan jalan dilakukan dengan kereta atau van Google, namun kali ini dengan hanya menggalas beg sandang besar yang ada kamera 360 darjah di atasnya.

GAMBAR: GOOGLE STREET
GAMBAR: GOOGLE STREET
GAMBAR: GOOGLE STREET

Menurut Google, laluan Kuala tahan-Gunung Tahan-Kuala Tahan ambil masa 7-8 hari untuk dilalui. Sukarelawan perlu tempuhi semua halangan termasuk sungai bagi mendapatkan laluan dan view terbaik.

Dengan Street View, Google dapat menunjukkan tarikan hutan Gunung Tahan kepada orang ramai sekaligus menarik pelancong datang.

SPONSORED

Jadi kepada anda yang tidak berkelapangan masa untuk menaiki Gunung Tahan, untuk anda yang ingin mencuba:

  1. Buka laman Google atau Google Maps
  2. Carian ‘Gunung Tahan’
  3. Klik pada simbol merah pada peta
  4. Klik pada gambar yang menunjukkan simbol putaran 360 darjah
GAMBAR: GOOGLE STREET
GAMBAR: GOOGLE STREET
GAMBAR: GOOGLE MAPS

Perkara ini sangat membantu bagi mereka yang ingin membuat perancangan untuk mendaki di sana dan mereka yang ingin merasai pengalaman sendiri mendaki. Beberapa view menarik lain juga dapat dilihat dari pemetaan ini.

via: Libur

Ekspedisi mendaki Gunung Tahan oleh Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersama anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja

SPONSORED

Baca juga: Kembara KDYMM Pemangku Raja Pahang Tawan Puncak Gunung Tahan

Related Posts