fbpx
102279734_2771468489791784_5078378304090065842_n

Produk Vanila Lokal Dari Temerloh Ini Berjaya Tembusi Pasaran Antarabangsa

Diantara pembaca KUANTANLOKA pasti ada yang meminati produk vanila tidak kira asikrim, kek atau haruman nya yang selembut sutera. Di Temerloh, Pahang, sebuah perushaan vanila diusahakan secara lokal yang menjanjikan kepuasan sebenar bagi peminat perisa ini.

Berkonsepkan kafe, mereka yang datang pasti teruja kerana selain pembuatan aiskrim vanila yang segar dari ladang, pengunjung dapat menikmati pengalaman ladang vanila yang jarang dilihat di Malaysia.

PREMIUM

Perushaan yang semakin berkembang ini dimajukan oleh syarikat tempatan Amani Product Enterprise, bukan sahaja mendapat permintaan tempatan tetapi juga antarabangsa seperti Jerman, United Kingdom dan Singapura.

Tidak hairanlah pengunjung sanggup beratur panjang untuk merasai keenakkan produk keluaran mereka. Ini adalah salah satu tarikan istimewa dan unik untuk daerah Temerloh khususnya yang menyajikan produk tempatan,citarasa antarabangsa.

Kafe mereka dibuka seawal jam 11 pagi sehingga aiskrim habis. Jadi korang yang nak datang tu pastikan awal dan bawa semua ahli keluarga.

Related Posts