Sungai Lembing adalah sebuah bandar perlombongan bijih timah di Kuantan yang berjaya meraih nama El-Dorado Timur semasa zaman dahulu. Sungai Lembing ini juga merupakan tempat paling sesuai jika anda ingin bersantai-santai sambil melancong.

1. Jambatan Gantung
Di sini anda boleh menjumpai beberapa jambatan gantung yang menghubungkan seberang sungai ke bandar utamanya. Selain berjalan di atas jambatan gantung ini, anda juga boleh mengayuh basikal jika anda berani.

2. Air Terjun Pelangi
Sinonim dengan namanya, disini anda boleh melihat pelangi namun hanya jika anda merancang dan memulakan perjalanan anda lebih awal. Menaiki 4W, jejak ini disediakan dengan arah perjalanan yang lengkap membolehkan anda sampai terus ke air terjun ini.

3. Gunung Tapis
Ia terletak kira-kira 16 kilometer dari Sungai Lembing yang menyediakan tempat perkhemahan untuk pelancong selain daripada aktiviti-aktiviti seperti dakian hutan, melihat burung dan berendam di mata air semulajadi.

4. Bukit Panorama
Terkenal dengan pemandangan matahari terbitnya, disini anda hendaklah nagun awal pagi untuk medaki hingga ke puncak bukit untuk menikmati pemandangannya. Ingatlah untuk membawa lampu suluh kerana lampu jalan tidak disediakan disini.

5. Berbasikal di sekitar Sungai Lembing
Ini mungkin seperti aktiviti yang biasa bagi anda dan boleh dilakukan dimana sahaja namun kelainananya adalah suasana disini begitu daman sekali membolehkan anda merasakan pengalaman penuh berpusing-pusing di sekitar bandar Sungai Lembing ini.