fbpx

Aktiviti Riadah Anda Kini Dihiasi Dengan Keindahan Laluan Pelangi Di Taman Bandar

- Sponsor -

Seperti yang kita ketahui, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) giat bagi menyerikan lagi kawasan-kawasan di sekitar bandar Kuantan bertujuan untuk menarik para pelancong, berkunjung ke sini.

Terbaharu, selain daripada aktiviti pembersihan dan juga penanaman tumbuhan-tumbuhan renek, pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) kini membina sebuah “jalan” yang berwarna-warni di Taman Bandar.

Kebiasaannya, individu akan datang ke sini bagi aktiviti riadah bersama keluarga, termasuklah jogging bagi meningkatkan stamina diri.

sumber gambar: Majlis Bandaraya Kuantan
sumber gambar: Majlis Bandaraya Kuantan
sumber gambar: Majlis Bandaraya Kuantan
- Sponsor-

Taman bandar ini turut dihiasi dengan pemandangan tasik, yang mampu memberi ketanangan kepada sesiapa sahaja yang berkunjung. Dengan ini, kita selaku pengguna di Taman Bandar harus bersama-sama membantu pihak Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam menjaga apa yang diusahakan oleh pihak mereka.

- Sponsor -
- Sponsor -