Perkembahangan terbaharu bagi warga Pahang, terutama mereka yang berada di daerah Kuantan, Zoo Teruntum kini dibuka bagi aktiviti pengembaraan malam.
Bawa anak-anak anda untuk datang ke sini musim cuti ini bagi mengisi masa lapang bersama-sama. Wild Night Adventure ini mula beroperasi pada 23 Disember sehingga 1 Januari, 8 malam hingga 11 malam.
Buat masa sekarang, tawaran harga promosi sedang berlangsung. Tiket masuk bagi ke Zoo Teruntum adalah RM12 bagi kanak-kanak dan RM15 untuk dewasa manakala bagi Night Safari, harga serendah RM22.



Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan, antaranya lawatan di kawasan taman dinasour. Untuk pengetahuan, kawasan haiwan ditutup bertujuan untuk langkah berjaga-jaga bagi menghadapi musim banjir.