fbpx
- Sponsor -

Aktiviti Pembalakan Di Pahang Tidak Melebihi Catuan Ditetapkan

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) memaklumkan aktiviti pembalakan di Pahang masih tidak melebihi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang telah ditetapkan Majlis Tanah Negara (MTN).

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Ali Biju berkata, penjelasan itu berdasarkan rekod daripada tahun 2016 sehingga 2020.

Penetapan CTT adalah berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi kawasan yang diusaha hasil.

- Sponsor-

Setiap kerajaan negeri perlu mematuhi kadar yang telah ditetapkan dan pematuhan terhadap CTT dilaporkan dalam mesyuarat MTN.

Sumber: BebasNews.my
Sumber: Independent.my
Sumber: AstroAwani.com

MTN Ke-71 yang telah bersidang pada 14 Disember 2015 bersetuju dengan menetapkan catuan bagi negeri Pahang ialah seluas 68,435 hektar.

Tambah beliau, hutan pengeluaran dalam hutan simpan kekal di negeri Pahang daripada tahun 2016 hingga 2020 yang telah diusaha hasil dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) adalah seluas 58,075 hektar.

- Sponsor -

Disyorkan