fbpx
akademi-m.d

Akademi Mokhtar Dahari Gambang Lahirkan Pemain Professional

Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai AMD yang terletak di Gambang ini tidak asing lagi apabila disebut media. Akademi ini melahirkan ramai atlet bola sepak tempatan sehingga ada yang bermain di kelab-kelab luar negara.

Tidak dinafikan, dengan fasiliti yang lengkap, akademi ini mampu mecungkil bakat-bakat tempatan sehingga ke persada antarabangsa.

PREMIUM

Dengan adanya fasiliti latihan yang lengkap dan aktiviti pembelajaran pelatih, ibu bapa tidak perlu bimbang akan anak-anak mengabaikan akademik mereka kerana disini pihak pengurusan menekankan aspek sukan dan juga pembelajaran agar pelatih tidak ketinggalan.

GAMBAR: AKADEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI

Akademi yang telah dan bakal melahirkan bakat-bakat baru dalam dunia bola sepak patut kita banggakan kerana ada juga diantara mereka yang telah bermain di kelan-kelab luar pada usia muda. Ini bukan sahaja megembangkan lagi bakat mereka tetapi juga membuka peluang cerah untuk menonjolkan diri dalam sukan bola sepak.

Diantara fasiliti yang terdapat di Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari adalah seperti padang bola sepak yang bukan biasa-biasa, gimnasium, asrama, pusat aqua therapy dan banyak lagi.

SPONSORED

Baru-baru ini, bakat kelahiran Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari dipanggil ke Kem Latihan Pusat Skuad B-19 Kebangsaan sebagai persediaan awal menghadapi Kejuaraan B-19 AFC 2020 di Uzbekistan.

GAMBAR: AKADEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI
GAMBAR: AKADEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI

Diharapkan dengan adanya akademi ini, mampu menjadikan Gambang sebagai salah satu hub pembangunan bola sepak negara kepada atlet yang bakal menjadi pelapis masa kini.

Ibu bapa juga diharapkan terus menyokong usaha anak-anak yang meminati bola sepak kerana dengan peluang yang ada, mungkin mereka bakal menjadi hero kebanggaan kita dan Malaysia.

via: Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari

Related Posts