fbpx
featured image sizing

AirAsia Kini Dengan Identiti Baru, Menawarkan Lebih Banyak Perkhidmatan

AirAsia yang merupakan sebuah empayar gergasi syarikat penerbangan hari ini telah melancarkan identiti baharu. Ia menjadikan AirAsia bukan lagi satu syarikat yang menguruskan penerbangan sahaja tetapi juga terdapat pelbagai servis lain.

Melengkapkan lagi transformasi AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan digital kepada platform gaya hidup yang komprehensif.

PREMIUM

Pelancaran aplikasi super airasia.com yang lebih mudah, pantas dan lancar untuk mengakses lebih daripada 15 jenis produk dan perkhidmatan di bawah tiga kategori utamanya iaitu perjalanan, e-dagang serta teknologi kewangan.

Dalam kanyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia adalah syarikat untuk semua dan telah merevolusikan industri penerbangan.

Kini, airasia.com bukan sahaja menawarkan penerbangan, malah penginapan, beli-belah, makanan, dan banyak lagi semuanya dalam satu aplikasi super.

SPONSORED

Sempena pembaharuan itu, airasia.com mengadakan jualan airasia.com Super Sale yang pertama untuk menggantikan jualan Tempat Duduk Percuma AirAsia yang berlangsung sebelum ini.

GAMBAR: AIRASIA

Jualan terbesar ASEAN itu akan bermula 12 Oktober hingga 18 Oktober 2020 dengan diskaun sehingga 90 peratus bagi semua kategori produk di aplikasi super serta laman web airasia.com dari tiket penerbangan, hotel, membeli barangan dan lain-lain.

Segalanya menjadi mudah jika anda membuat pembayaran menggunakan dompet digital AirAsia iaitu BigPay. Kepada anda yang belum ada kad BigPay boleh mendaftar dan menggunakan refferal code ini STBKABK3YJ untuk mendapatkan kredit sebanyak RM10.

via: Vocket

Related Posts