fbpx

Agong Turun Padang Bagi Meninjau Keadaan Penduduk Di Pahang Susulan Kejadian Banjir

- Sponsor -

Berikutan banjir besar yang melanda negeri Pahang beberapa hari lepas, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan rasa simpati berikutan tragedi buruk menimpa penduduk di negeri Pahang.

Baginda juga mencemar duli bagi melawat mangsa-mangsa banjir di lima buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang ada di sekitar Raub, Pahang.

Turut bersama ialah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang meluangkan masa selama tiga jam untuk beramah mesra dengan kesemua mangsa banjir ini.

sumber gambar: Istana Negara
sumber gambar: Istana Negara
- Sponsor-

Bagi mengurangkan beban mereka, baginda turut memberi sumbangan kepada 272 mangsa yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) ini.

Rakyat Malaysia, terutamanya mereka di kawasan terjejas diminta bersama-sama mendoakan agar bencana alam yang menimpa ini supaya segera berakhir.

- Sponsor -
- Sponsor -