fbpx

ADUN DONG Jadikan Pelajar Cemerlang STPM 2020 Kebangsaan Sebagai Anak Angkat


Beberapa hari lepas kita dikhabarkan dengan berita gembira tentang seorang anak kelahiran raub yang menjadi pelajar cemerlang STPM kebangsaan 2020.

Namun, ia sedikit menyedihkan kerana Nur Maisara Abdul Malik, tidak mampu untuk menyambung pengajian ke peringkat menara gading kerana kurang berkemampuan.

Beliau yang bersekolah di SMK Dong, Raub telah mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam peperiksaan tersebut.


Oleh kerana ayahnya yang bekerja sebagai tukang kampung dan ibunya seorang suri rumah, beliau terpaksa menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke universiti kerana tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa.

Perkara ini mendapat respon yang positif daripada Ahli Dewan Undangan Negeri DONG, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin. Beliau turut menyerahkan komputer riba kepada Nur Maisara sebagai persiapan untuk hari pengajian kelak.

Lebih manis lagi, Shahiruddin juga telah bersetuju untuk menjadikan Nur Maisara sebagai anak angkat beliau. Beliau berjanji akan memberi bantuan yang sewajarnya agar anak Pahang yang cemerlang ini mampu mencapai impiannya pada masa hadapan.

Kegigihan dan kejayaan Nur Maisara yang perlu melalui PdPR dikawasan talian internet yang terhad perlu dicontohi. Beliau juga sanggup menoreh getah dikebun ayah saudaranya sementara menunggu keputusan STPM keluar untuk membantu keluarga.


Dan sikap cakna pemimpin kita, sebagai wakil rakyat harus dicontohi agar Negeri Pahang mampu melahirkan lebih ramai modal insan yang akan kembali berbakti kepada negeri dan negara nanti.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin