fbpx
- Sponsor -

8 Restoran Pilihan Di Pahang Untuk Anda Yang Menggemari Makanan Laut

Kadang kala kita pasti teringin untuk makan makanan laut. Rasa manis dan segar ikan, udang, sotong dan macam-macam lagi boleh menyebabkan keinginan makin memuncak. Tambah pula, makanan laut boleh dihidangkan menjadi pelbagai jenis menu.

Dalam artikel ini kami akan senaraikan kedai atau restoran makanan laut yang menjadi pilihan ramai. Untuk pengetahuan anda, mereka yang berada dalam senarai ini adalah usahawan zakat Pahang di bawah bizzakat.my.

Bizzakat.my merupakan sebuah laman web direktori yang menyenaraikan semua perniagaan dalam pelbagai kategori di negeri Pahang. Maklumat lanjut mengenai laman web ini, anda boleh rujuk di www.bizzakat.my atau Facebook Bizzakat.

- Sponsor-

1. Ana Ikan Bakar

Sumber: Worldorgs.com
Sumber: Worldorgs.com

Sebuah restoran menghidangkan makanan laut yang mudah dicari lokasinya. Cawangan utama Ana Ikan Bakar Petai berada di Tanjung Lumpur, Kuantan dan kini mempunyai beberapa cawangan di sekitar Selangor. 

Jumlah makanan laut di sini begitu meriah, memang tak terkira dibuatnya. Anda boleh pilih dari ikan, ketam, udang, sotong, kerang, semuanya ada. Harga makanan di sini bergantung kepada berat makanan laut dan cara hidangan.

Lihat maklumat lanjut 

2. Mail Ikan Bakar

Sumber: Worldorgs.com

Antara restoran ikan bakar yang terkenal di sekitar Tanjung Lumpur. Jumlah pelanggan yang memenuhi restoran ini sentiasa ramai. Cubalah datang ketika makan malam bermula jam 8 malam, dapatlah tengok suasana itu.

- Sponsor -

Menjadi tarikan ramai di sini tentulah makanan laut serta kesegarannya. Pelanggan boleh membuat pilihan sendiri cara masakan yang diinginkan. Antara masakan yang boleh dicuba ialah sambal udang petai, kerang bakar, siakap stim limau, sotong goreng tepung dan juga ikan bakar.

Lihat maklumat lanjut

3. Restoran Cinta Rasa Airena

Sumber: Facebook.com/RestoranCintaRasaAirena
Sumber: Facebook.com/RestoranCintaRasaAirena

Jika anda mencari masakan orang Pahang yang betul-betul asli dan padu rasanya, inilah salah satu lokasi tersebut.

Restoran Cinta Rasa Airena menawarkan citarasa ikan sungai dan masakan kampung. Rambang mata dibuatnya kerana terdapat pelbagai lauk untuk dipilih. Antara pilihan ikan sungai ialah baung, kerai, patin dan talapia.

Lihat maklumat lanjut

4. Sinar Mesra Seafood

Sumber: Facebook.com/SinarMesraSeafood
- Sponsor -

Pelanggan yang datang ke Sinar Mesra Seafood rata-rata memuji keenakan masakannya serta servis diberikan. Bukan itu sahaja, suasananya juga selesa untuk para pelanggan menjamu selera.

Jika dilihat dari gambar di atas pun, tidak peliklah berkerumun orang ramai makan di sini. Bagi anda yang belum pernah singgah, bolehlah cuba sendiri menu masakan laut restoran ini.

Lihat maklumat lanjut

5. Salang Dream Restaurant

Sumber: Foursquare.com

Destinasi ini adalah satu-satunya dalam senarai yang terletak di pulau. Salang Dream Restaurant berada di Kampung Salang, Pulau Tioman. Restoran ini berhadapan pantai dan bersebelahan jeti, dapatlah anda lihat pemandangan matahari terbenam.

Hidangan istimewa tempatan dimasak dengan indah, berperisa dan menyelerakan. Tempat terbaik untuk makan malam terutamanya set BBQ ikan mereka. Harga untuk setiap menu juga berpatutan.

Lihat maklumat lanjut

6. Ikan Bakar Sri Tanjong

Sumber: Facebook.com/IkanBakarSriTanjong

Restoran yang perlu menjadi persinggahan kalau anda bergerak ke Bentong atau Raub. Apa yang menarik di Ikan Bakar Sri Tanjong? Di sini terdapat variasi hidangan berasaskan makanan laut antaranya bakar berempah, goreng tepung, 3 rasa, stim, kamheong, pedas dan lain-lain.

Lihat maklumat lanjut

7. One’s Seafood

Sumber: Foursquare.com
Sumber: Foursquare.com

Antara tempat makan yang menghidangkan makanan laut terbaik di Rompin, terutamanya pada waktu malam. Jumlah ruang kawasan lapang yang baik serta berbumbung, tak perlu risau jika cuaca hari tersebut hujan.

Lihat maklumat lanjut

8. Patin Pak Usop

Sumber: Facebook.com/PatinPakUsop
Sumber: Facebook.com/PatinPakUsop

Restoran ini mendapat perhatian kerana menu turun-temurunnya iaitu gulai tempoyak ikan patin. Bukan itu sahaja, pelbagai lagi menu makanan tengahari untuk dipilih seperti gulai lemak rebung, ikan bakar asam, gulai lemak telur itik, ikan sungai goreng, keli berlada, ayam bakar, dan macam-macam lagi.

Lihat maklumat lanjut

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!