fbpx

7 Sekolah Di Pahang Tersenarai Dalam Ranking Terbaik Di Malaysia Tahun 2021


Pada tahun lepas kami pernah berkongsi senarai bandar paling bahagia di Malaysia, dan antara bandar yang tersenarai adalah Kuantan.

Kali ini kami akan berkongsi pula 7 sekolah di Negeri Pahang yang tersenarai dalam senarai sekolah terbaik di Malaysia untuk tahun 2021 bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.


Untuk kategori sekolah rendah, 6 sekolah yang tersenarai dalam ranking sekolah terbaik di Malaysia ialah:

  • Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ringlet, Pahang
  • Sekolah Kebangsaan St Thomas, Pahang
  • Sekolah Kebangsaan Convent Tanah Rata, Pahang
  • Sekolah Kebangsaan Assunta Convent (M), Pahang
  • Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pahang
  • Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan, Pahang

Manakala untuk kategori sekolah menengah pula, hanya satu sekolah yang tersenarai dalam ranking sekolah terbaik di Malaysia iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang.

Namun begitu, sekiranya sekolah anda tidak masuk dalam senarai ini ia tidaklah bermakna sekolah anda tidak bagus. Semua sekolah di Malaysia memiliki tahap pendidikan yang baik dan guru berkualiti.

Senarai ini hanyalah sekadar untuk rujukan sahaja.

SumberMYPT3

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin