fbpx
watakkopi

7 Kedai Kopi Di Kuantan Yang Tenang Untuk Anda Lepak Hujung Minggu

Nikmati hujung minggu yang penuh tenang di Kuantan? Mari rehatkan fikiran dengan mengopi dan lepak penuh santai di kedai kopi terbaik di Kuantan ini.

Sekiranya anda penggemar kopi, anda pasti akan jatuh cinta dengan Kuantan. Kuantan yang terkenal dengan jolokan Bandar Palma bukan sahaja ada banyak pokok sawit, tapi juga kedai-kedai kopi.

PREMIUM

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai kedai kopi terbaik di Kuantan yang dinilai berdasarkan pengalaman dan maklum balas positif dikalangan warga tempatan. Semua senarai ini memiliki identiti dan keunikan tersendiri.

#1 Watak Kopi

Mesra dipanggil WATKOP sahaja, kopi kampung yang dihidangkan di Watak Kopi akan buat anda rasa ketagih dan berpuas hati. Kedai kopi yang satu ini juga antara kedai kopi di Kuantan yang menjadi kegemaran kami.

SPONSORED

Paling wajib selain mencuba kopi kampung, apa yang anda tak boleh terlepas adalah mencuba menu Roti John Doe mereka. Betul-betul terbaik, menikmati roti john yang premium satu-satunya di Kuantan dikombo bersama kopi kampung memang padu.

#2 Kuantan Pickers & Kedai Kopi

Tak perlu ke Vietnam semata mahu minum kopi sedap. Di Kuantan Pickers & Kedai Kopi pun anda boleh mendapatkannya. Boleh kata ini antara kedai kopi di Kuantan yang kami suka lepak mengopi.

Suasana dalam kedai kopi Kuantan Pickers sangat santai. Berkonsepkan seakan kedai kopi cina lama, Kuantan Pickers boleh juga mencuci mata anda dengan hiasan koleksi-koleksi barangan antik mereka.

SPONSORED

Di Kuantan Pickers bukan sekadar sebuah kedai kopi konsep, apa yang lebih menarik di sini adalah layanan mesra serta komuniti seni yang menghidupkan suasana kecerian Jalan Besar. Ada masa di Kuantan Pickers aktif dengan pelbagai aktiviti seperi open mic, busking serta aktiviti bersama komuniti lokal yang lain.

Menu istimewanya mungkin hidangan kacang pool, tapi kalau ditanya jujur paling sedap di sini adalah nasi lemak. Betul, nasi lemak di Kuantan Pickers sedap amat. Sambal dan rasa nasi lemak yang dimasak sempurna itu memang ngam sungguh. Paling tak boleh tahan, akan ada gimik sajian nasi lemak atas daun pisang!

#3 Kafe Seni TJANTEK

View this post on Instagram

@tjantekcafe.co #tjantek

A post shared by TJANTEK CAFÉ (@tjantekcafe.co) on

Berhampiran Kuantan Pickers & Kedai Kopi dan Watak Kopi, kafe Tjantek di Jalan Besar ini antara yang patut anda cuba. Buat pengetahuan anda, Tjantek ini merupakan pencetus kepada kafe-kafe konsep di Kuantan yang wujud belasan tahun dahulu.

SPONSORED

Pernah diterbitkan dalam laman web pelancongan antarabangsa Lonely Planet, maka keunikan kafe Tjantek pastinya tidak mengecewakan. Dalam kafe ini dihiasi dengan pelbagai karya-karya seni tinggi. Buat pencinta seni, mengopi di Tjantek bakal membuatkan perasaan anda tenang bahagia.

#4 Rumah Kopi

Kedai kopi terlalu biasa bagi anda? Mari cuba pula Rumah Kopi. Baik, kami bergurau sahaja. Rumah Kopi antara kedai kopi di Kuantan menarik untuk dicuba. Istimewanya di sini, para barista terdiri daripada pasukan profesional yang dibawa khas dari Indonesia.

Rasa kopi Indonesia terbaik boleh anda temukan disini. Selain itu ada juga menu-menu berasaskan makanan popular di Indonesia seperti Indomie Bumbu Ayam, Indomie Bumbu Telur Goreng atau nasi ayam penyet.

#5 Akar Kopi

Mengopi dalam taman tengah bandar Kuantan? Akar Kopi ini pilihan paling dekat dengan anda. Rasa kopinya yang sedap boleh tahan dinikmati bersama roti bakar telur goyang kombinasi yang boleh anda cuba di sini.

#6 Kedai Kopi Mamba

Pernah dicadangkan sebagai tempat makan yang menarik di Kuantan oleh Menteri Besar Pahang sendiri, sudah semestinya memilih untuk mengopi di sini adalah pilihan yang tidak mengecewakan.

Selain minum kopi, anda juga boleh pesan hidangan western. Oh ya, kopi kampung dan nasi lemak di Kopi Mamba juga sangat sedap. Rasa enak yang serius!

#7 Rocket Jive Bistro

Biarpun masih baharu, Rocket Jive Bistro tak terkecuali masuk dalam senarai kedai kopi untuk anda lepak dengan tenang di hujang minggu.

Lokasi di UTC Kuantan atau di Rocket Night Market. Mengikut menu di Instagram, Rocket Jive Bistro bukan semata kedai kopi, tapi ada juga burger, nasi lemak dengan ayam goreng ranggup, kentang goreng dan nasi roket yang buat kami tak sabar nak cuba.

Setakat ini sahaja yang boleh kami candangkan kepada anda kali ini. Mungkin akan datang kami cuba bawa lebih banyak senarai kedai-kedai makan di Kuantan untuk anda lepak. Yang tersenarai di atas semua berlokasi di tengah bandar Kuantan.

Jika anda mempunya sebarang cadangan, sila hubungi kami di sini. Sertai juga kami di Telegram untuk dapatkan info percutian terkini di negeri Pahang dengan laju berdesup!

Related Posts