fbpx

600 Pokok Durian Musang King Ditanam Secara Haram Dimusnahkan

- Sponsor -

Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub baru-baru ini bertindak tegas dengan memusnahkan lebih 600 pokok durian klon Musang King yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Teras.

Menurut pegawai PHD Raub, Shahril Mohamad berkata, Operasi Teras dilakukan di kawasan ceroboh seluas empat hektar yang dipercayai sejak lebih dua tahun lalu telah diteroka secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Operasi selama lima jam itu bermula dari jam 9 pagi dan disertai oleh 25 kakitangan dengan pengawasan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD). Pihaknya berjaya mengesan kawasan berkenaan selepas menggunakan Sistem e-Geoformatik Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada 26 November lalu.

Sumber: hmetro.com.my
Sumber: beritatvmalaysia.blogspot.com
- Sponsor-

Kata pegawai Shahril Mohamad lagi, hasil siasatan mendapati kegiatan penerokaan kawasan berkenaan dilakukan oleh seorang lelaki yang menggunakan khidmat beberapa pekerja warga asing.

Selepas operasi berkenaan selesai, pokok-pokok durian Musang King berusia setahun hingga dua tahun yang ditebang itu dianggarkan bernilai lebih daripada RM30,000. PHD Raub tahun ini telah melakukan lima operasi membanteras penerokaan hutan simpan secara haram membabitkan kawasan seluas kira-kira 142.7 hektar.

Sumber: hmetro.com.my
Sumber: mytimes.asia

Kemuncak ketegasan operasi ini adalah pada Julai lalu di mana Operasi Pamah Hutan Simpan Batu Talam memusnahkan 15,000 pokok durian Musang King membabitkan kawasan seluas 101 hektar yang turut diwartakan sebagai kawasan tadahan air.

- Sponsor -
SumberHmetro
- Sponsor -