Banjir yang melanda baru-baru ini menyebabkan banyak peralatan rosak dari pelbagai jenis barangan berupa elektrik, sehinggalah kenderaan.
Pastinya, ini merupakan ‘peluang keemasan’ bagi pemilik bengkel kenderaan oleh kerana individu tidak mempunyai pilihan lain untuk membaiki kereta mereka.
Jika dilihat di media sosial, rata-rata sedang mempromosikan bengkel mereka dengan menawarkan diskaun bagi setiap pembaikian yang dibuat namun, harga tidak disertakan sekali. Elakkan diri anda daripada ditipu dengan dikenakan cas mahal bagi mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Menurut perkongsian daripada laman Facebook Mo Razzi, ini antara perkara umum mengenai kenderaan yang perlu anda tahu beserta kos pembaikiannya.

1. Unit Kawalan Elektronik (ECU)
ECU merupakan sebuah sistem, khas untuk mengawal satu atau lebih subsistem elektrik dalam kereta. Anggaran kos bagi pembaikian adalah sebanyak RM600 sehingga mencecah ke RM800.
Bagi anda yang berani mengambil risiko, ia boleh dibaiki sendiri dengan cara mengeluarkan bateri kereta dan keringkan.

2. Unit Kawalan Telematik (TCU)
TCU merupakan maklumat lokasi GPS, kelajuan memandu dan maklumat lain ke platform sistem melalui penghantaran tanpa wayar. Anggaran bagi membaikinya adalah sebanyak RM1200.

3. Minyak Dan Filter Gearbox Auto
Kos bagi membaiki minyak dan filter gearbox bagi kenderaan jenis auto adalah serendah RM300, bergantung kepada kerosakan. Ia perlu ditukar baharu dan tidak boleh dibaiki jika sudah rosak.

4. Pastikan Brek Ditekan Ketika Crank Enjin
Sebelum menghantarnya ke mana-mana bengkel, seeloknya anda cuba menekan brek ketika crank enjin kerana ia mungkin berpunca daripada clutch plate yang melekat di flywheel oleh kerana karat, berpunca daripada pendedahan kepada air dalam jangka masa yang lama.
Jika hal ini berlaku, maka anda perlu menukar spark plug baharu dan ia memakan kos antara RM40 per plug.

5. Minyak Enjin
Gunakan thinner bagi mencuci enjin yang dipenuhi lumpur. Pastikan oil-filter dicabut terlebih dahulu sebelum mencucinya dan bersihkan enjin tersebut menggunakan air-pressure. Kos bagi mencuci minyak enjin adalah sebanyak RM120 untuk 4 liter.

6. Tayar
Seeloknya bearing ditukar bagi memberikan keselesaan ketika pemanduan. Ia nya tidak menjadi masalah andai anda tidak mahu menukarnya kerana harganya adalah sama dengan seunit tayar.
Kos kasar yang diberikan ini tidak termasuk dengan bayaran para pekerja. Jika ditambah kesemuanya, harga bagi pembaikian kenderaan anda mungkin mencecah sehingga RM5500. Oleh itu, disarankan untuk membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.