fbpx
9b80c0a8ff302e30b5156e7b1fed-1584193

Bakar Lemak Dengan Berjoging Di 5 Tempat Terbaik Ini Di Kuantan

Kepada anda yang berhasrat nak bersenam dengan cara joging tu, kami senaraikan 5 port popular di Kuantan yang sering dijadikan tempat untuk joging santai.

GAMBAR: VISIT MALAYSIA

1. Trek Taman Gelora

Tempat yang tidak asing lagi dikalangan mereka yang sering melakukan aktiviti ini, trek khusus disediakan untuk joging ini sering dijadikan tumpuan kerana tempatnya bersebelahan dengan pantai dan luas.

GAMBAR: TRIP ADVISOR

2. Trek Taman Bandar

PREMIUM

Memang tidak asing lagi bila disebut, trek joging khas ini terletak di Indera Mahkota 7, trek ini dijadikan pilihan kerana pemandangan yang cantik serta kawasan yang berhampiran dengan penduduk sekitar.

GAMBAR: MOHD FAIZ BIN ABDUL MANAN

3. Bukit Pelindung

Terkenal dengan trek jenis bendakian berbukit, mereka yang memang try hard boleh cuba kekuatan fizikal anda disini. Di kelilingi kehijauan, kebiasaannya tertumpu pada waktu pagi dan petang.

GAMBAR: TRIP ADVISOR

4. Taman Esplanade

Menyusuri di tepian sungai, aktiviti joging juga sering dilakukan disini bagi mereka yang lebih suka berhampiran dengan fasiliti lain. Jadi tidak perlu risau kalau anda lapar, di sepanjang laluan, dipenuhi kedai makan.

GAMBAR: MAI SINGGAH

5. Pantai Sepat

SPONSORED

Mungkin ada dikalangan pembaca yang lebih berminat untuk joging di pantai, di sepanjang pantai sepat boleh dijadikan pilihan. Bukan sahaja dengan jarak yang jauh, tetapi melakukan aktiviti ini di kawasan berpasir lebih sukar dibandingkan dengan trek.

Anda yang mahukan lebih cabaran boleh baca artikel 5 trek pendakian di Bukit Fraser yang boleh menguji mental dan fizikal

Baca juga: 5 Trek Pendakian Yang Mencabar Di Bukit Fraser

Related Posts