fbpx
featured image sizing

5 Restoran Ini Amat Popular Dengan Hidangan Patin Tempoyak Di Temerloh

Negeri Pahang terutamanya daerah Temerloh tidak lain dan tidak bukan yang menjadi kegemaran pengunjung datang ke sini adalah patin masak tempoyak yang terkenal. Menjadi bualan seluruh Malaysia sebagai port makan ikan patin terbaik yang mesti dicuba.

Kami di KUANTANLOKA menyenaraikan 5 restoran terbaik untuk anda menjamu selera ikan patin tempoyak di Temerloh. Sememangnya 5 restoran ini menjadi sebutan dikalangan pengunjung yang datang!

PREMIUM

1. Gobang Maju Patin Tempoyak

GAMBAR: FACEBOOK GO’BANG MAJU PATIN TEMPOYAK

Restoran yang sudah lama dibuka ini memang sangat terkenal di Temerloh dengan masakkan ikan berasaskan tempoyak dengan lokasi yang sangat mudah diakses dan juga terletak di tepi Sungai Pahang. Kedai ini sering dikunjungi oleh selebriti untuk mencuba sendiri masakan mereka.

Alamat: Sebelah Petron Temerloh, Jalan Triang, 28000 Temerloh,Pahang.

SPONSORED

2. Selera Patin Bangau

GAMBAR: FACEBOOK SELERA PATIN BANGAU

Ini adalah di antara restoran terbaik di Pahang yang menyediakan hidangan ikan patin tempoyak. Suasana restoran ini juga membuatkan ada merasa seperti anda sedang berada di kenduri kahwin, memang santai. Makanan yang disediakan di sini memang menyelerakan, harganya pula murah!

Alamat: Jalan Kampung Baru, Kampung Bangau, 28000 Temerloh

3. Restoran Claypot Patin Tempoyak

GAMBAR: FACEBOOK CLAYPOT PATIN TEMPOYAK
SPONSORED

Patin tempoyak yang dihidangkan panas-panas dalam belanga memang menambah selera. Isi ikan patin yang segar dan tempoyak yang cukup memikat aroma dan rasanya boleh bikin sesiapa sahaja jatuh cinta dengan menu ini. Walaupun begitu, mereka ada ramai peminat dan sebahagian pelanggan mengatakan ia terbaik di Temerloh.

Alamat: No.62, Persiaran 1, Damai Court, Temerloh

4. Gerai Makan Pak Usop (Patin Pak Usop)

GAMBAR: FACEBOOK GERAI MAKAN PAK USOP

Gulai patin tempoyaknya adalah hidangan mereka yang paling popular. Tambahan pula, resepinya adalah turun-temurun milik keluarga pemiliknya. Pak Usop memasak 80 kg ikan patin dalam sehari. Ini menunjukkan ramainya pelanggan yang datang makan di tempat mereka. Malah, jumlah itu dikatakan boleh habis dalam masa kira-kira tiga jam sahaja.

SPONSORED

Alamat: B-12, Arked Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Lurah Semantan, Temerloh

5. Kancil Raja Patin

GAMBAR: FACEBOOK KANCIL RAJA PATIN

Rupa-rupanya ‘Kancil’ ialah nama panggilan pemillik restoran ini! Ramai yang datang ke sini untuk mencuba patin tempoyak mereka yang memang sedap. Namun, sebenarnya mereka juga memasak patin pais yang tidak kurang hebat. Ia menggunakan resepi turun-temurun keluarga Kancil yang dihasilkan daripada 13 ramuan rahsia.

Alamat: 54, C119, Kampung Bangau, Temerloh

Bagi yang sudah mula berminat untuk mencuba ikan patin di restoran-restoran yang kami cadangkan sekitar Temerloh ini, cepat datang ya. Selamat menjamu selera!

via: Saji

Mungkin anda berminat untuk merasai kuih tradisional Pahang yang sememangnya sedap dan berlemak ini.

Baca juga: Kuih 3 Beradik Pahang Tak Lapuk Ditelan Zaman, Masih Menjadi Kegemaran

Related Posts