fbpx
Untitled

5 Restoran Dengan Menu Burger Di Kuantan Yang Anda Mesti Cuba

Jika anda datang ke Kuantan, salah satu makanan yang anda mesti cuba ialah burger. Apa yang istimewa dengan burger di Kuantan ni? Yang paling sedap tentang burger di Kuantan ialah majoritinya menggunakan home-made patty.

Di antara kedai yang kami senaraikan juga bukan sahaja ada menu burger tetapi banyak lagi makanan barat yang sedap namun fokus kami kali ini adalah untuk menu burger sahaja.

PREMIUM

Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai kedai burger terbaik di Kuantan yang dinilai berdasarkan pengalaman dan maklum balas positif dikalangan warga tempatan. Semua senarai ini memiliki identiti dan keunikan tersendiri.

#1 Obedose Western

View this post on Instagram

Double Beef Homemade Patty Burger Rm9.90 gaiss…

A post shared by (OBEDOSE) (@obedose_western) on

Digelar sebagai Obedose, sebuah kedai makanan barat yang menawarkan keenakkan home-made beef patty burger. Harga yang ditawarkan adalah berpadanan dengan kuantiti burger tersebut.

Kepada anda yang ingin mencuba burger daripada Obedose, pastikan anda datng seawal yang mungkin atau cuba untuk membuat tempahan kerana biasanya akan penuh dan home-made beef patty antara yang paling awal habis!

#2 Burgerak

SPONSORED

Terletak di Jalan Besar, Kuantan bukanlah satu nama yang asing lagi kerana Burgerak memang terkenal dengan makanan barat yang sedap dan kedai konsep yang menarik.

Kedai yang menarik dan burger yang sedap ini meningkatkan selera kepada pengunjung yang datang. Rasa daging yang original ditambah lagi bahan-bahan membawa kelainan untuk sajian mereka.

#3 Atmosphere

Sebuah kedai yang berkonsepkan santai ini terkenal kerana burger grill mereka yang memuaskan hati mereka yang merasai dan suasana yang selesa untuk penggunjung yang datang.

Walaupun baru sahaja dibuka, namun peminat burger yang datang pasti tidak akan kecewa dengan menu buger mereka.

#4 Brew And Cabin

SPONSORED

Jika anda seorang peminat kopi dan burger, Brew and Cabin adalah pilihan terbaik kerana selain kopi power yang disajikan. Burger patty home-made mereka juga memang hebat.

Terletak di Indra Mahkota, kafe yang berwarna hitam ini nampak berkelas premium dan makanan yang disajikan juga berpatutan.

#5 Lila Wadi

Bukan lagi sebuah nama yang abru bertapak, namun sajian daripada Lila Wadi memang membawa kelainan pada mereka yang ingin mencuba sajian burger.

Paling istimewa yang ada di sini ialah Australia Beef Patty yang jarang anda dapat jumpa di Kuantan. Pengasas untuk Lila Wadi juga adalah individu yang sama mengasaskan Kula Cakes di Kuantan

Related Posts