fbpx
featured image sizing

5 ‘Port’ Makan Nasi Kukus Di Kuantan, Kalau Mengidam Sila Cuba

Nasi kukus semakin menjadi satu makanan kegemaran bagi rakyat Malaysia terutamanya untuk makan tengah hari.

Kebiasaanya dihidangkan dengan kuah gulai/kari dan juga ayam berempah. Hari ini kami kongsikan kepada anda 5 tempat makan nasi kukus yang anda perlu cuba di Kuantan.

PREMIUM

1. Nasi Kukus My Mama

GAMBAR: FACEBOOK NASI KUKUS MY MAMA

Kedai yang bertemakan franchise ini menyediakan pelbagai pilihan menu yang menarik seperti perca nenas, opor ayam, ayam merah dan daging kerutuk. Kedainya yang berada di Gambang, Jaya Gading, Taman Tas, Air Putih, Bukit Sekilau dan Tanjung Lumpur.

2. Dapur Mama

GAMBAR: FACEBOOK NASI KUKUS DAPUR MAMA
SPONSORED

Kedainya yang berkonsepkan santai dan mesra keluarga ini menjadi pilihan kerana bukan sajian mereka tetapi juga lokasinya di kawasan yang menjadi tumpuan ramai. Jadi bagi anda yang ingin mencuba, boleh datang ke 2 cawangan mereka iaitu di Putra Square ECM dan Bandar Indera Mahkota. Menu special nya ialah nasi kukus ayam kampung

3. Nasi Kukus Iman Corner

GAMBAR: FACEBOOK NASI KUKUS IMAN CORNER

Kedainya yang terletak di Jalan Haji Ahmad, masakan nasi kukus mereka ada rasa asli Kelantan menarik minat anak perantauan di Kuantan yang rindukan kampung halaman. Pastinya mereka yang datang boleh mencuba menu original Kelantan ini.

4. Warung Mazenah

GAMBAR: FACEBOOK WARUNG MAZENAH
SPONSORED

Membawakan sedikit kelainan pada menu mereka, terdapat pilihan untuk pelanggan sama ada untuk menikmati nasi kukus bersama ayam rempah ataupun pilihan shell out. Ini pastinya menjadikan ia lebih istimewa. Kedainya pula terletak di Jalan Teluk Sisek dan anda yang lalu perlu singgah untuk mencuba sendiri.

5. Nasi Kukus Juna

GAMBAR: FACEBOOK NASI KUKUS JUNA

Tidak asing lagi bila disebut di Kuantan ini kerana sajian mereka yang menyajikan ayam berempah yang boleh dikatakan besar pasti memuaskan hati mereka yang mencuba. Terletak di 5 lokasi iaitu Widad University College, Jungle Foodcourt, India Town, Jaya Gading dan Indera Mahkota.

Jika anda ke Pahang, jangan lupa untuk cuba 5 makanan yang paling popular ini. Memang terbaik!

SPONSORED

Baca juga: 5 Makanan Popular Anda Perlu Cuba Bila Datang Ke Pahang

Related Posts