hotel cherating

5 Penginapan Terbaik Di Cherating Menurut Trivago

Mencari penginapan yang selesa untuk bersantai di tepi pantai, Cherating adalah destinasi paling tepat untuk dijadikan pilihan. Pasalnya, di sini sememangnya terkenal dengan keindahan pantai yang cantik serta terdapat pelbagai pilihan penginapan yang menarik.

Buat anda yang masih dilema dalam membuat tempahan penginapan, ini merupakan antara penginapan terbaik di Cherating menurut laman web perbandingan hotel Trivago. Semua senarai ini melepasi palang hijau dengan skor 8.0 ke atas.

1. The Kasturi In

Sekiranya anda tidak berkira soal harga, The Kasturi In pastinya akan menjadi penginapan pilihan utama anda.  Hotel mewah di Cherating ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada tetamu paling menarik adalah tawaran untuk relax di spa yang terdapat di sini. Selain itu, anda juga mungkin gembira sakan dengan kolam renang mereka yang terletak betul-betul berhampiran pantai.

Harga untuk bermalam di sini sekitar RM763.00

2. Royal Chulan Cherating Chalet

Jika anda mencari penginapan pada harga RM200.00 ke bawah,tapi masih menjanjikan penginapan yang selesa. Royal Chulan Cherating Chalet ini mungkin boleh dijadikan pertimbangan yang seteusnya. Penginapan ini amat selesa dan lengkap dengan kemudahan untuk tetamu termasuk menyediakan WiFi percuma. Harga di Royal Chulan Cherating Chalet boleh didapati sekitar RM167 semalam.

3. Casa Titik Cherating

SPONSORED

Pernah kami senaraikan sebagai penginapan terbaik pada artikel lepas, anda yang mahukan pengalaman bermalam di penginapan berkonsepkan rumah agam Sepanyol boleh memilik Casa Titik. Penginapan di sini boleh didapati pada harga sekitar RM430 semalam.

4. Residence Inn Cherating

Hotel ini merupakan satu lagi penginapan terbaik pada bajet bawah RM200.00 yang ada di Cherating. Berdasarkan review di semua laman web perbandingan hotel yang popular, Residence Inn mencapai skor 7.0 ke atas dalam semua kategori. Harga untuk bermalam di sini boleh didapati sekitar RM125.00 sahaja semalam.

5. Maznah Guest House

Pilihan terbaik selain daripada hotel, Maznah Guest House ini juga menarik untuk anda. Penginapan chalet dikelilingi landskap yang menghijau dan berhampiran pantai, pada harga bermula hanya RM76.00 semalam ia semestinya satu pilihan yang tidak menghampakan.

Total
47
Shares
Related Posts