Bandaraya Kuantan destinasi yang seronok untuk habiskan masa bersama keluarga. Bercuti atau lawatan santai, hampir semua tarikan pelancongan seperti tempat makan, destinasi menarik termasuklah penginapan. Semuanya cukup lengkap.
Tak percaya? Anda nak berlibur bandar? atau ke pantai, sungai, air terjun, mendaki bukit atau suka masuk gua? Di Kuantan semua ada. Explore lebih banyak artikel di laman web kami untuk jumpa tempat menarik.
Senang kata, kalau nak habiskan masa di Kuantan sudah memadai. Lagi-lagi percutian keluarga. Oleh itu izinkan kami buka rahsia untuk anda dapatkan penginapan terbaik di Kuantan pada harga jimat dibawah RM60.

1. Mawar Villa
Jangan terkejut kalau kami letakan Mawar Villa di tempat pertama. Percaya atau tidak, penginapan berkelas tepi Pantai Balok ini anda boleh dapatkan pada harga RM60 semalam. Pastikan anda baca habis artikel ini.
Buat pengetahuan anda, Mawar Villa ini antara villa yang berbaloi untuk anda jadikan penginpan. Lokasi di Pantai Balok, bolehlah mandi pantai. Tambah pula di kawasan Balok ini ada banyak kedai makan makanan laut yang sedap-sedap.

2. Star Tree Homestay
Pilihan kedua ini juga menarik. Star Tree Homestay, lokasinya betul-betul berada di tengah bandar Kuantan. Hampir dengan pusat membeli-belah East Coast Mall, Mega Mall dan juga Kuantan City Mall.
Nak pusing-pusing Kuantan seharian pun senang. Homestay tengah bandar yang mendapat skor terbaik di Kuantan ini boleh didapatkan dengan harga RM59 semalam. Jimat bukan?

3. Sun Inns Rest House
Ini antara penginapan jenis rumah rehat yang bagus sebagai pilihan penginapan anda di Kuantan. Tempatnya terletak di Bukit Ubi, juga amat dekat dengan pusat bandaraya Kuantan.
Dilengkapi dengan wifi percuma serta selesa, Sun Inns Rest House boleh ditempah pada harga cuma RM42 semalam.

4. W Inn Kuantan
Mahu tempat selesa, namun masih pada harga rendah dan dekat dengan tempat tumpuan pelancong seperti Teluk Cempedak dan pusat bandar? Jika begitu W Inn Kuantan ini antara penginapan yang boleh dijadikan pilihan.
Untuk bilik 1 katil bersaiz queen, lengkap dengan kemudahan asas dan WiFi, penginapan ini boleh didapatkan pada harga RM58 semalam.

5. DZ Guest House
Dan yang terakhir penginapan di bawah harga RM60 di Kuantan adalah DZ Guest House. Masih lagi sebuah penginapan untuk keluarga yang selesa berdekatan dengan bandar Kuantan. Lokasi di Indera Mahkota.
Harga semalam DZ Guest House boleh ditempah pada harga hanya RM60 semalam.
Untuk mendapatkan harga seperti ini, anda boleh membuat tempahan di laman web agoda.com dengan menggunakan helah tempahan tiga bulan lebih awal. Contohnya penginapan pada Januari 2022.
Dengan cara ini anda layak mendapatkan harga lebih jimat. Rancang pecutian anda, atau tempah dulu pergi kemudian.
Selamat bercuti!