Kalau sebut Pahang ni, yang memang terkenal untuk pengunjung Patin Tempoyak yang sememangnya makanan wajib makan bila singgah di Hentian Rehat & Rawat ataupun melancong ke sini.
Tapi tahukah anda ada banyak lagi makanan lain yang anda mesti cuba bila datang ke Pahang. Kami senaraikan 5 makanan popular yang memang padu habis!
1. Sambal Hitam

Sambal hitam semakin dikenali di pelosok negara. Sambal ini berasal dari negeri Pahang menggunakan belimbing buluh, ikan bilis dan cili sebagai bahan utama. Ia boleh dimakan bersama nasi putih mahupun dicicah bersama roti. Sambal hitam ini biasanya di pek dalam peket kecil dan mudah didapati di mana sahaja.
2. Pais Ikan Patin Tempoyak

Pais ikan patin tempoyak merupakan hidangan tradisi Pahang yang sememangnya sukar dilupakan. Tambahan pula keenakannya begitu terserlah tatkala kemanisan ikan patin yang diperap bersama tempoyak dapat dirasai. Ia enak dimakan bersama nasi putih atau boleh diratah begitu sahaja.
3. Gulai Opor Daging

Opor ini menggunakan daging sebagai bahan utama. Ia merupakan tradisi negeri Pahang, dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan hidangan ini. Hidangan ini menggunakan santan pekat dan cair dan rempah opor khas yang memberikan rasa pedas, main dan manis.
4. Kuih Dodol Kukus

Sebut sahaja dodol, pastinya anda mengetahuinya. Namun, di Pahang atau di daerah Chenor, kuih ini mirip seperti dodol biasa. Ia menggunakan bahan utama seperti tepung pulut dan juga gula merah. Kaedah menghasilkan dodol di daerah ini adalah dengan menggunakan kaedah mengukus dan ianya tidak dikacau seperti dodol biasa.
5. Puding DiRaja

Warna kuning kuih puding diraja ini cukup menggamit perhatian. Kuning keemasan ditambah pula dengan warna warni bahan sampingan seperti kismis, ceri, kekacang dan sebagainya pastinya menjadikan hidangan ini pilihan ramai sebagai pemanis mulut. Pada suatu tika dahulu, hidangan ini hanya dihidangkan kepada golongan istana sahaja.
via: SAJI.MY