fbpx
- Sponsor -

5 Kuih Tradisional Pahang Untuk Santapan Minuman Petang Anda

Minum petang biasanya kita akan menjamu kuih muih samada dibeli atau dimasak sendiri. Kalau ke kedai, selalunya kita akan memilih pisang goreng, keropok lekor, cucur dan sebagainya. Namun, pernahkah anda perasan begitu jarang untuk kita temui kuih tradisional Pahang di kedai?

Ini mungkin kerana kuih muih tradisional negeri Pahang boleh dijumpai di daerah–daerah tertentu sahaja. Nama kuih negeri Pahang ini agak pelik namun rasanya menakjubkan. Mari kita lihat 5 kuih tradisional Pahang yang sesuai untuk minum petang.

Sumber: LensaPekan.blogspot.com

1. Kuih Badak Kubang

- Sponsor-

Kuih ini menggunakan adunan tepung pulut serta tepung pulut hitam dan mempunyai inti kelapa didalamnya yang berkuahkan santan. Kombinasi rasa dua bahan ini memang dapat membangkitkan selera anda.

Kuih ini hadir dalam bentuk bulatan dan menggunakan daun pisang sebagai alas. Walaupun kuih ini jarang ditemui namun ia mempunyai peminat tersendiri yang sentiasa mencari kuih ini.

Sumber: LensaPekan.blogspot.com

2. Kuih Mahbob

Kuih ini sangat terkenal di daerah Pekan dan turut dikenali sebagai kuih Jeneral Mahbob. Kebiasaannya, kuih Mahbob boleh didapati semasa meraikan majlis-majlis tertentu sahaja dan ia agak sukar didapati di daerah yang lain.

Untuk memasak kuih ini, tepung beras akan digoreng dahulu sehingga kekuningan sebelum dicampur bersama bahan yang lain sebelum dikukus. Bahagian atas kuih ini kemudiannya ditaburkan dengan tahi minyak yang telah di buat terlebih dahulu untuk menambahkan rasa aroma yang lebih wangi dan amat menyelerakan.

Sumber: LensaPekan.blogspot.com

3. Kuih Apam Baghdad

- Sponsor -

Kuih Apam Baghdad amat terkenal dalam kalangan masyarakat Langar, Pekan dan ianya hanya boleh dijumpai di sekitar kawasan daerah Pekan sahaja. Tidak banyak perbezaan dari kuih apam biasa tetapi keunikan kuih ini ialah ia dimakan bersama seri kaya.

Gabungan warna hijau seri kaya dan kuning kuih ini amat menarik selera bagi sesiapa yang melihatnya. Antara bahan utama yang digunakan untuk membuat kuih ini terdiri daripada telur, gula kastor dan tepung penaik. Seri kaya akan diletakkan pada bahagian atas kuih ini.

Sumber: Rasa.my

4. Kuih Dodol Kukus

Semua orang pastinya mengenali dodol. Di Pahang, kuih yang mirip dengan dodol biasa dipanggil Kuih Dodol Kukus. Bahan utamanya ialah gula merah dan tepung pulut.

Dengar pada namanya, sudah pasti cara masakannya berbeza daripada dodol biasa iaitu dengan cara mengukus. Tetapi, ia masih akan menjadi liat sama seperti dodol biasa apabila ianya dimasak.

Sumber: Rasa.my

5. Kuih Pepena

Kuih Pepena ini yang asalnya dari Chenor Seberang memang rasanya tidak setanding di tempat lain. Rasanya manis dan amatlah enak untuk dimakan semasa minum petang.

- Sponsor -

Kuih ini dimasak menggunakan kaedah mengukus dan berwarna hijau. Kuih Pepena ini beralaskan daun pisang yang dipotong bulat dan terdapat bintang kecil didalam kuih ini. Penggunaan air pandan untuk memasak kuih ini secara tidak langsung menjadikan kuih Pepena berbau wangi.

- Sponsor -
SumberThe Petik

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!