fbpx
88166309_2662753490606371_7594713690817953792_o

5 Food Court Terbaik Di Kuantan Yang Mesra Keluarga

Food court boleh dikatakan tempat yang sering dikunjungi oleh anak-anak muda dan keluarga yang datang untuk menjamu selera tidak kira siang ataupun malam. Berkonsepkan tempat makan terbuka, food court sering dijadikan pilihan kerana tempat yang lapang dan kepelbagaian pilihan makanan yang pastinya menyelerakan.

Di Kuantan sahaja, boleh dikatakan di setiap kawasan mempunyai food court daripada kecil sehingga besar yang boleh menempatkan ratusan pelanggan. Suasana di food court lebih mesra pelanggan menurut kami kerana bukan sahaja tempat yang luas tetapi juga fasiliti yang lengkap dengan kemudahan surau, parking dan tandas.

Bagi anda yang merancang untuk ke food court, kami di KUANTANLOKA menyenaraikan 5 foodcourt terbaik yang anda sekeluarga atau bersama teman-teman boleh cuba di sekitar Kuantan.

GAMBAR: TWITTER ASH (FOODHUNTER)

1. White & Black Cabin

Pilihan pertama kami adalah White & Black Cabin. Berkonsepkan kontena, mereka yang datang pasti teruja dengan reka bentuk yang unik ini. Tidak dinafikan, White & Black Cabin menyediakan tempat makan yang bersih, teratur dan sistem order yang mesra pelanggan. Makanan yang ditawarkan pula seperti Masakan Panas, Hotplate, Noodles, Chinese Muslim Food, Coffee House, Char Kueh Tiau, Satay dan pelbagai lagi.

Lokasi: Jalan Kampung Teluk Mahang, 25150 Kuantan

GAMBAR: T STATION

2. T Station

SPONSORED

Kedudukan yang strategik dan makanan yang pasti memikat selera menjadikan T Station Kuantan salah satu pilihan terbaik yang mesti anda cuba. Terdapat pelbagai juadah dijual seperti western, masakan panas, sizzling dan nasi berlauk. Kawasan yang luas disini sering menjadi tumpuan kelab atau kumpulan untuk menjalankan aktiviti mereka. Parking yang luas memudahkan pelanggan untuk berhenti singgah disini.

Lokasi: Kampung Pandan 2, Jalan Kuantan-Kemaman 26070 Kuantan

GAMBAR: FACEBOOK RILEX AKI FOOD COURT

3. AKI Foodcourt

Bagi mereka yang meminati variasi makanan, AKI Food court adalah salah satu pilihan terbaik kerana sajian yang ditawarkan sangat banyak dan tempat yang luas boleh menempatkan sehingga 160 pengujung yang hadir. Makanan special yang anda boleh cuba disini adalah seperti kambing golek dan charkueyteow udang.

Lokasi: Pencawang TNB, Perkampungan Sg. Isap, 25150 Kuantan

GAMBAR: KIMSTONE FOOD COURT & HALL

4. Kimstone Food Court & Hall

SPONSORED

Food court yang berkonsepkan hutan tropika ini pastinya menjadi tarikan pengujung yang meminati seni reka mereka yang unik dan tidak dilupakan makanan yang power-power. Diantara makanan yang popular di Kimstone food court adalah seperti Satay Zul yang memang dikenali serata Kuantan dan juga kelembutan kek daripada LakuKEK yang boleh menitiskan air liur.

Lokasi: Jalan Kuantan – Kemaman, Beserah, 26100 Kuantan,

5. Gerbang Santai

Terletak di kawasan yang membangun, pasti ramai mengenali Gerbang Santai sebagai salah satu food court yang sangat santai dan sesuai untuk keluarga. Pelbagai keenakan makanan boleh dicuba pengunjung yang datang. Yang pastinya, Roti Tempayan yang ada disini bukan biasa-biasa, boleh dikatakan penyediaan makanan yang baik dan juga kawasan yang lapang. Mereka dikawasan sekitar memang wajib cuba makanan disini, harga berpatutan dengan rasa hotel 5 bintang.

Lokasi: Kompleks Dagangan Mahkota, 25150 Kuantan

SPONSORED

Anda juga mungkin berminat untuk merasai keenakan burger paling power serata Kuantan dengan Patty Homemade yang boleh buat anda datang berkali-kali .

Baca juga: ObeDose Burger & Western, ‘Patty Homemade’ Dengan Rasa Yang Padu Di Kuantan

Related Posts