fbpx

5 Buah Rumah Kedai Di Jalan Beserah Terbakar, Kemusnahan Dianggarkan 100 Peratus

- Sponsor -

Pusat Gerakan Operasi (PGO) telah menerima panggilan kecemasan melibatkan kebakaran rumah kedai melalui sistem MERS 999 pada jam 12:47 malam.

Pusat Gerakan Operasi telah mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Balai Bomba dan Penyelamat Indera mahkota dan Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng ke lokasi kejadian.

Operasi telah membawa kekuatan logistik tiga jentera FRT, dua Water Tanker dan sebuah RRV.

Sumber: Facebook.com/Bomba&PenyelamatNegeriPahang
Sumber: Facebook.com/Bomba&PenyelamatNegeriPahang
Sumber: Facebook.com/Bomba&PenyelamatNegeriPahang
Sumber: Facebook.com/Bomba&PenyelamatNegeriPahang
Sumber: Facebook.com/Bomba&PenyelamatNegeriPahang
- Sponsor-

Pasukan pemadam terdiri daripada 24 pegawai bomba yang diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, TPgB Kamerul Bieza bin Mohamed.

Menurut Komander Operasi, kebakaran melibatkan lima rumah kedai. Anggaran kemusnahan adalah 100%.

Anggaran keluasan keseluruhan kawasan terlibat adalah 120 x 50 kaki persegi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

- Sponsor -
- Sponsor -