fbpx

5 Alasan Mengapa Kuantan Destinasi Yang Baik Untuk Kesihatan Mental

- Sponsor -

Pahang merupakan tempat percutian yang menarik oleh kerana ia mempunyai banyak tempat untuk anda dan yang lain bersantai.

Banyak kawasan yang terdapat di sini, yang mampu memberikan anda ketenangan dan perasaan teruja yang ekstrem kerana di Pahang, kita kaya dengan kawasan perairan dan juga kawasan yang mempunyai pelbagai jenis juadah daripada seluruh pelusuk dunia.

Antara sebab dan alasan untuk anda mmenyegarkan kembali kesihatan mental anda setelah penat bekerja di musim pandemik ini adalah kerana kawasannya yang dipenuhi dengan kemewahan alam kehijauan dan juga keindahan lautan biru.

- Sponsor-

1. Pantai

Pantai menjadi pilihan setiap individu bagi melakukan short escape oleh kerana suasananya yang dapat memberikan ketenangan jiwa dan raga. Bunyian yang terhasil daripada ombak yang menghempas dan juga bau semula jadi daripada pantai itu dapat memberikan kenyamanan terhadap sesiapa sahaja yang berkunjung.

2. Air Terjun

Jika anda sudah bosan dengan suasana yang santai seperti pantai, di sini juga kaya dengan kawasan air terjun. Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak, air terjun merupakan tempat yang terbaik untuk anda lawati.

Seusai mendaki, anda mampu merasai sendiri view yang indah, berbaloi dengan penat lelah anda untuk sampai ke puncak air terjun. Maka, selain daripada dapat memberi kecergasan fizikal anda, ia juga mampu merawat emosi anda.

3. Hiking

- Sponsor -

Mendaki bukit merupakan perkara yang sering dilakukan oleh kebanyakan individu oleh kerana ia mampu membantu untuk menguatkan fizikal kita dan suasana hutan rimba juga dapat membantu dalam memberikan ketenangan terhadap mental anda!

4. Gerai Manisan

Kata orang, desserts merupakan abjad yang diterbalikkan daripada perkataan stressed. Maka, desserts merupakan manisan yang sesuai ‘digunakan’ untuk mengembalikan semula aura positif didalam diri kita.

Di sini, terdapat pelbagai gerai manisan yang menarik dapat kita terokai, salah satunya yang sering kali menjadi buah mulut di sini adalah Kula Cakes .

5. Restoran Dan Juga Gerai Makanan Yang Menarik

Selain pantai dan juga manisan, makanan juga merupakan penyumbang terbesar bagi membaik pulih semula mood seseorang. Jika anda suka akan suasana yang aesthetic, Tjantek Cafe adalah pilihan yang tepat oleh kerana kawasannya yang menarik dan juga hidangan yang enak, kena dengan harga yang ditawarkan.

Pahang merupakan destinasi yang wajar berada didalam list anda jika anda menginginkan ketenangan jiwa dan raga. Tak percaya? Datanglah ke sini untuk merasai pengalaman itu sendiri!

- Sponsor -
- Sponsor -