Kebelakangan ini, sememangnya destinasi taman eko-rimba menjadi pilihan percutian bagi mereka yang lebih menyukai percutian berkonsepkan alam semulajadi. Namun kami ada berita yang agak mengecewakan bagi anda yang mungkin telah membuat perancangan untuk ke salah satu destinasi ini.
Berikut adalah beberapa taman eko-rimba yang ditutup atas sebab penyelenggaraan dan juga akibat daerah yang mencatatkan kes positif Covid-19. Namun ia akan terus beroperasi setelah selesai penyelenggaraan dan tiada lagi kes positif Covid-19 harapnya.
Terdapat 4 buah taman eko-rimba utama yang ditutup atas kunjungan pelancong untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini dan demi keselamatan anda semua.
1. Semua Taman Eko-Rimba Di Daerah Jerantut

Penutupan ini berikutan terdapat 4 kes positif di daerah Jerantut yang menjadikan kawasan itu sebagai salah satu tempat yang dilarang untuk menjalankan akitiviti yang bermula dari 28 September 2020 hingga 11 Oktober 2020 bergantung kepada jumlah kes di daerah tersebut.
2. Taman Eko-Rimba Berkelah

Sebuah taman eko-rimba yang terkenal dengan kecantikan air terjun dan kawasan hutan yang mendamaikan menjadikan ia salah satu tarikkan pengunjung. Ia ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan bermula dari 27 September 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
3. Taman Eko-Rimba Mossy Forest

Berikutan perlanjutan tempoh kerja-kerja penaiktarafan jalan dan pembaikian cerun oleh JKR Cameron Highlands, adalah dimaklumkan bahawa Taman Eko-Rimba Mossy Forest dan pendakian ke Gunung Irau di Daerah Cameron Highlands masih ditutup kepada orang ramai sehingga suatu tempoh yang akan ditetapkan semula.
4. Taman Eko-Rimba Sungai Pauh

Tapak khemah di Taman Eko-Rimba Sungai Pauh, Daerah Cameron Highlands ditutup buat sementara waktu kepada semua pengunjung. Tempahan tapak khemah di Taman Eko-Rimba Sungai Pauh akan dibuka semula kepada pengunjung setelah kerja pengurusan pokok-pokok berbahaya di kawasan tersebut selesai bermula dari 18 September 2020.
via: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Namun bagi anda yang mungkin ingin merasai pengalaman di taman eko-rimba, datang ke Taman Negeri Rompin yang telah mula beroperasi sejak 1 Oktober 2020.
Baca juga: Hutan Hujan Tropika Tertua Dunia Di Rompin Dibuka Selepas 4 Tahun