fbpx
- Sponsor -

3,000 Anak Pokok Balak Berkualiti Tinggi Ditanam Di Hutan Simpan Sungai Lembing

Kira-kira 3,000 anak pokok balak berkualiti tinggi telah ditanam di Hutan Simpan Sungai Lembing dekat Kampung Kolong Pahat.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Samsu Anuar Nawi berkata, kerja-kerja penanaman itu mengambil masa lima hari untuk selesai.

Menurut beliau, penanaman tersebut adalah untuk menggantikan pokok durian Musang King yang dimusnahkan kerana ditanam secara haram di kawasan itu sebelum ini.

- Sponsor-

Kerja-kerja penanaman dilaksanakan oleh lebih 50 kakitangan Bahagian Pembangunan Hutan JPNP Bukit Sekilau. Terdapat sedikit cabaran buat kerja-kerja pemuliharaan kerana kawasan tersebut agak berbukit.

Sumber: SinarHarian.com.my
Sumber: SinarHarian.com.my
Sumber: Travel.mongabay.com

Tambahnya, pokok spesies meranti temak dan tembaga itu akan dipantau secara berjadual. Pemantauan tersebut bagi menilai pembesarannya.

Pada masa yang sama, Penolong Pengarah Silvikultur (Zon Pahang Timur I) iaitu Nurfazliza Kamarulbahrin berkata, pihaknya bertanggungjawab dalam usaha menghijaukan semula kawasan hutan simpan itu.

Menurutnya, satu pasukan khas ditubuhkan untuk memastikan projek penghijauan semula Hutan Simpan Sungai Lembing berjaya seperti diharapkan.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!