Selepas kebenaran rentas negeri diumumkan, aktiviti pelancongan tempatan semakin rancak. Di Pahang sendiri kehadiran pelancong begitu memberangsangkan. Buktinya, Pulau Tioman menerima lebih 2,500 tempahan dalam masa 24 jam.
Tempat-tempat tarikan pelancongan yang popular di Pahang seperti Cameron Highlands, Genting Higlands, Bentong dan Kuantan juga menerima kadar lawatan pelancong yang tinggi.
Dari dahulu lagi, waktu ramai orang bercuti ini hanya ada satu sahaja masalah. Iaitu tempahan hotel dan penginapan penuh. Jika tidak, harga tempahan mungkin lebih mahal daripada biasa.
Oleh itu, khas kepada pembaca Kuantanloka kali ini kami nak kongsi satu penginapan pada harga jimat anda boleh dapatkan di Kuantan. Bukan sekadar jimat, namun menjamin keselesaan dan pengalaman percutian yang sempurna.

EastVille Residence Hotel, Balok, Kuantan.
Bagi anda yang tidak mahu menghabiskan duit banyak semata mendapatkan tidur nyenyak, rangkaian Hotel EastVile Residence di Balok, Kuantan ini perlu dijadikan pilihan anda.
Tiada kolam infiniti atau spa, tapi apa yang boleh kami janjikan semua kelengkapan asas penginapan lengkap disediakan.
EastVille berlokasi di Sungai Karang, Balok. Banyak kawasan tarikan pelacongan di Kuantan sangat hampir dengan hotel ini. Pantai pula terletak berhadapan hotel saja. Hanya berjalan kaki untuk mandi dan main pasir pantai puas-puas.
Tarikan dekat sekitar adalah Cherating, Santuari Penyu, pusat rekreasi, kedai makan makanan laut, Pantai Batu Hitam dan bermacam lagi. Pusat bandar pula tidak jauh, cuma 10 minit perjalanan.
Merancang ke Pulau Ular? Hotel ini boleh jadi tempat penginapan anda sepajang berada di Kuantan.




Ini adalah bilik penginapan kami. Lihatlah, sangat selesa. Kelengkapan seperti televisyen, pemanas air, penghawa dingin, pengering rambut, minuman 3 dalam 1, air mineral semua disediakan.
Untuk bilik seperti ini boleh muat 4 orang. Satu set katil queen dan 2 katil single di atas.
Paling penting adalah bilik dan tandas bersih, layanan tetamu juga sangat mesra tidak kedekut senyuman. Jika terdapat sebarang masalah boleh sahaja bertanya langsung kepada pekerja yang bertugas. Kami beri 10 biji loka untuk servis yang baik ini.
EastVille Residence menawarkan 8 jenis bilik. Dari Standard Deluxe sehingga Family Suite bermula pada harga Rm129 semalam.
Berita baik untuk pembaca Kuantanloka, semperna pertambahan pengunjung di Kuantan dengan baik hati pihak EastVille Residence menawarkan penginapan 3 hari 2 malam pada harga lebih jimat iaitu hanya RM120 sahaja.
Ini waktu tepat untuk anda membuat tempahan jika merancang ke Kuantan tidak pada masa terdekat.
EastVille Residence Hotel berlokasi di Lot 17192, Km 13 Jalan Kuantan-Kemaman, Sungai Karang, Balok, 26100 Kuantan, Pahang.
Sebarang pertanyaan dan tempahan bili boleh hubungi En Khai di talian 016 214 2415 atau tekan di sini.