fbpx

26 Permainan Di Skyworlds Genting, Taman Tema Berkeluasan 19 Padang Bola Sepak

- Sponsor -

Genting Skyworlds, sebuah taman tema yang kini menjadi buah mulut diserata negeri oleh kerana ia menawarkan 26 tema permainan yang berbeza-beza, pastinya akan memberi keterujaan yang luar biasa bagi mereka yang berkunjung di sana.

Pembinaan bagi Genting Skyworlds buat masa ini masih tergendala oleh kerana pandemik yang sedang melanda di negara kita. Namun, ia bakal dibuka tidak lama lagi oleh kerana fasa pembinaannya yang dikhabarkan sudah hampir siap sepenuhnya.

Jika sebelum ini, anda perlu ke Berjaya Times Square di Kuala Lumpur untuk merasai kehebatan permainan roller coaster, kini anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mencabar keberanian anda menaiki permainan itu, kerana di sini juga ada menawarkannya.

- Sponsor-

Selain daripada roller coaster, Genting Skyworlds juga ada menyediakan pelbagai jenis permainan lasak yang lainnya dan juga permainan indoor, sesuai untuk kanak-kanak yang turut sama ingin bermain.

Pelbagai jenis permainan baru yang menakjubkan ada di sini, dan pastinya bakal membuatkan anda terpegun dengan keunikan cara permainannya iaitu, Dynamics Attractions dan juga zon Ice Age: Expedition Thin Ice.

sumber gambar: PahangHive
sumber gambar: PahangHive
sumber gambar: PahangHive

Jika anda sudah puas bermain permainan yang lasak, Genting Skyworlds juga menawarkan anda permainan yang berasaskan air!

Apa yang paling menarik di sini ialah, di sini juga terdapat restoran yang mempunyai tema tersendiri yang bakal memukau anda. Sudah bermain, kita patut mengisi perut bukan?

Adakah anda masih berfikir untuk menghadapi kesesakan lalulintas di puncak Kuala Lumpur sana? Kenapa perlu pergi ke tempat yang jauh andai sudah ada destinasi yang dekat untuk anda?

Oh ya, untuk pengetahuan anda keluasan taman tema Genting Skyworlds ini lebih kurang bersamaan keluasan 19 padang bola sepak. Anda memerlukan masa selama 4 hari untuk melengkapkan kesemua permainan di sini.

- Sponsor -
- Sponsor -