Sikap Baik Rakyat Dan Kerajaan Pahang Terhadap Pelancong Harumkan Nama Negara



Sudah lebih sebulan kita terperangkap melawan wabak COVID-19, sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan aktiviti harian kita terbatas serta tidak bebas keluar seperti biasa.

Keadaan ini bukan berlaku kepada rakyat Malaysia sahaja, malah pelancong asing juga turut sama terperangkap dalam situasi yang sama.

Walaubagaimanapun, layanan baik menjaga kebajikan pelancong luar yang terperangkap di Pahang wajar diberikan pujian selayaknya khas kepada semua rakyat Pahang dan pihak Kerajaan.

Dua pelancong asing yang terperangkap di negeri ini merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Pahang atas layanan baik diterima sepanjang tempoh berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan.

Gambar: Sinar Harian

Menurut pelancong dari Luxembourg, Patrick berkata, dia bernasib baik kerana menempuh situasi perintah berkurung atau kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Ini pertama kali alami situasi PKP ini. Berlaku pula di negara asing. Namun semasa kerajaan Malaysia mengumumkan PKP saya tidak bimbang untuk kekal di negara ini cuma saya bimbang urusan penyambungan visa kerana pejabat tutup.

Namun saya sangat terharu pihak kerajaan Pahang datang sendiri melawat kami yang terkandas di sini dan bertanya masalah kami. Kalau di negara lain belum tentu kami diberi perhatian," katanya yang pertama kali ke Malaysia pada 2011.

Sementara itu warga Francisco, Chico, 81, berkata, dia sepatutnya berangkat ke Thailand pada PKP fasa dua, namun bertindak membatalkan penerbangan kerana memikirkan Malaysia lebih selamat dan selesa.

Saya mengikuti perkembangan dunia dan arahan kerajaan Malaysia. Saya sangat memuji tindakan kerajaan yang begitu pantas menangani Covid-19 dan mampu menjaga rakyat dengan baik. 
Saya lihat walaupun tidak dibenarkan bekerja, rakyat Malaysia patuh arahan kerajaan dan hidup harmoni. Mereka duduk di rumah dan tidak keluar sesuka hati walaupun joging di pantai. Malah saya tahu kerajaan Malaysia bantu rakyat dari segi kewangan. 
Saya pun dapat makanan percuma dengan bantuan masyarakat Malaysia. Tipikal Malaysia, memang baik dan suka membantu, katanya.

Setakat diketahui, seramai 155 pelancong asing dikenal pasti terkandas di negeri ini dan pihak kerajaan masih mengenal pasti jumlah pelancong asing yang terkandas di seluruh negeri ini.

Sehubungan itu pengusaha hotel dan homestay diminta menghubungi Tourism Pahang dan Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan negeri bagi memaklumkan keberadaan pelancong di tempat mereka

via: SHO
Previous Post Next Post
Sponsored