Rezeki Ramadan Di Sungai Jerantut, Ikan Tapah Seberat 40kg



Orang kata rezeki tidak pernah salah alamat, begitulah cerita bagi Azran Abdul Sani selepas berjaya peroleh ikan tapah seberat 40kg hasil menahan tajur di Sungai Tembeling, Jeratut.

Siapa sangka dengan hanya bermodalkan umpan anak ikan kerai dan 11 batang tajur membuahkan hasil yang lumayan.

Menurut Azran, hasil ikan yang diperoleh itu dijual semula ada harga RM45 sekilogram memandangkan kini masih didalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika tidak, pada hari biasa, ikan tersebut boleh dijual sekitar RM60 sekilogram.



Tambah beliau, sepanjang tahun ini beliau sudah berjaya menaikkan 5 ekor ikan tapah hasil menahan tajur di Sungai Tembeling, Jerantut. Dijelaskan juga, ikan ini mudah dapat apabila  musim air passang kerana ia akan keluar mencari makanan.

Untuk anda yang tak tahu nak buat aktiviti apa di musim PKP, idea memancing pun elok juga. Selain dapat menghilangkan bosan, untung badan membuahkan hasil lumayan.

Pernah mencuba nasib di Sungai Tembeling? Kongsi pengalaman anda dengan kami

via: SHO
Previous Post Next Post
Sponsored