Eksplorasi Gua Merapoh Pahang, Kisah Misteri Yang Jarang Diceritakan

Gambar: Geo Traveller

Seringkali Pahang selalu terkenal dengan lambakan pantai-pantai yang indah, tapi untuk pengetahuan anda negeri Pahang juga kaya dengan khazanah alam semula jadi yang lain seperti gua.

Terlalu banyak gua di negeri Pahang menunggu kedatangan anda, boleh dikatakan di setiap daerah di Pahang memiliki gua tersendiri.

Jika anda berada atau hampir di daerah Kuala Lipis, Gua Merapoh yang terletak di Kampung Merapoh ini mungkinnya satu destinasi unik yang bakal menarik keterujuaan anda. Buat pencinta alam semula jadi, ya anda mungkin sangat suka.

Apa yang menarik di Gua Merapoh Pahang?

Seperti setiap gua di Malaysia, Gua Merapoh di Pahang ini juga tidak terkecuali menyimpan seribu kisah misteri. Jika anda seorang yang kasih kepada sejarah, ini adalah faktor yang menarik minat anda selain dapat berekspidisi bersama alam.

Dalam lembaran info, dikatakan Gua Merapoh di Pahang ini memiliki lebih 150 pintu gua, namun demi keselamatan pengunjung hanya 12 pintu gua sahaja yang dibuka.

Tambah lagi, pada tahun 2015 penemuan fosil baharu sedang menjalani ujian kaji selidik. Paling ketara tentang keunikan Gua Merapoh adalah tentang lukisan orang lidi dan bintang yang menghiasi dinding-dinding gua.

Hasil daripada itu menunjukan pada suatu ketika dahulu, Gua Merapoh pernah menjadi tempat tinggal manusia prasejarah di situ.

Tidak hanya itu, malah penemuan fosil cengkeran siput di Gua Merapoh mewujudkan satu teori yang berpendapat mungkin pernah terjadi ledakan kerak bumi di bahagian laut yang melonjak ke permukaan. Sekali gus membentuk bongkah seperti bisul.

Di sini juga terdapat kawasan yang dipanggil Gua Hantu Menari. Ia adalah yang terpanjang setakat dijumpai dengan jarak sepanjang 400 meter. Uniknya, dipintu masuk gua ini terdapat dua pacak tiang seri seolah membentu pintu masuk utama.

Kepada peminat jelajah gua, Gua Merapoh Pahang tentunya harus dimasukkan dalam senarai destinasi gua yang wajib anda teroka. Apatah lagi, akses ke sini tidaklah susah dimana terdapat perkhidmatan pemandu pelancong termasuk kemudahan makanan, kenderaan dan tempat penginapan yang telah disediakan.

via: Hmetro

Sertai kami di Instagram dan Telegram @kuantanloka untuk lebih banyak info percutian terkini di Negeri Pahang
Previous Post Next Post
Sponsored