Syarikat 'Tak Dikenali' Menang Tender Visit Malaysia 2020 Bernilai RM90 Juta

Gambar: pahangtourism

Adakah anda teruja untuk Tahun melawat Malaysia 2020 ini? Kerana kami sangat teruja dan bersuka hati untuk memberikan anda sepenuh pengalaman menarik yang boleh dilakukan di Pahang ini.

Setelah tema 'Visit Truly Asia Malaysia' dipilih, anda boleh jangkakan pelbagai aktiviti menarik untuk meriahkan dan menyerlahkan Malaysia dalam kesenian, budaya, sejarah, dan pelbagai lagi. Adakah anda telah melihat logo Tahun Melawat Malayisa kali ini?

Gambar: tourism

Logo ini dikatakan mewakili mewakili kekayaan flora dan fauna yang ada di dalam Malaysia serta melambangkan kepelbagaian budaya yang ada di dalam Malaysia ini. Dan lebih pentingnya adalah hal berkaitan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia ini.

Seperti anda jangkakan, Malaysia akan siap sedia untuk memukau hati anda dengan gaya kreatif iklan, media dan juga teknik pengunaan grafik untuk menarik anda.

Mengikut sumber, pada April tahun lepas, telah dibukanya tender keseluruhan untuk komunikasi pemasaran dan panggilan untuk mebentangkan proposal adalah diikuti pada bulan Ogos.

Gambar: tourism

Dan yang menariknya adalah syarikat yang tidak dikenali dan juga tidak mempunyai sebarang laman sesawang,  iaitu IO Movement Sdn Bhd telah dikontrakan untuk mengendalikan keseluruhan iklan dan promosi global mandat untuk Tahun Melawat 2020 yang bernilai hampir RM90 juta.

Namun, dengan kes Covid-19, aktiviti promosi kali ini mungkin juga akan terjejas. Apakah pendapat anda tentang perkara ini?

via: Marketing Magazine

Sertai kami di Instagram dan Telegram @kuantanloka untuk lebih banyak info percutian terkini di Negeri Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored