Pantai Balok Kuantan, Antara 10 Pantai Terbaik Di Dunia Untuk Sukan Luncur Angin



Terletaknya kira-kira 15 kilometer di utara Kuantan, Pantai Balok merupakan pantai yang mempunyai pemandangan indah dan pasti menimbulkan rasa teruja dalam diri anda. Selain daripada beriadah di sini, banyak aktiviti yang boleh anda lakukan bersama-sama keluarga disini.

Jika anda berminat dengan aktiviti yang kasual, disini anda boleh memancing serta berenang. Namun bagi yang meminat aktiviti yang sedarhana lasak, anda juga boleh memcuba menaiki ATV di Pantai Balok ini.

BACA: Hutan Lumut Mossy Forest Di Pahang Ini Merupakan Salah Satu Hutan Tercantik Di Dunia

Gambar: pahangtourism

Aktiviti-aktiviti sukan seperti bola tampar dan sepak takraw juga boleh dilakukan disini. Dan yang paling popular disini sememangnya adalah, aktiviti luncur angin.

Disini anda boleh melihat kelibat aksi para profesional dan amatur melakukan sukan luncur angin dengan beraninya. Pantai Balok juga sering menjadi tuan rumah untuk pertandingan-pertandingan seperti 'Balok Wind Challenge' atau 'Kuantan Challenge' yang diadakan setiap tahun.

BACA: 5 Tempat Bagus Di Kuantan Untuk Perkembangan Minda Anak Anda

Gambar: pahangtourism

Pertandingan seperti ini turut di disertai oleh ahli sukan lelaki dan wanita terkemuka dari seluruh dunia. Dikatakan faktor angin dan arus pantai disini menjadikannya sangat sesuai untuk diadakan sukan luncur angin. Sememangnya sesuai dengan pengiktiraf sebagai salah satu daripada 10 pantai terbaik di dunia oleh ahli sukan luncur angin dan 'kite-surfing' antarabangsa.

Sertai kami di Instagram dan Telegram @kuantanloka untuk lebih banyak info percutian terkini di Negeri Pahang
Previous Post Next Post
Sponsored