Meneroka Gua Charas, Destinasi Yang Penuh Misteri Di Kuantan



Gua Charas yang terletak di Panching, Sungai Lembing dipercayai berada kira-kira 1,000 meter di atas paras laut yang juga dikatakan merupakan tapak pendudukan manusia awal yang bermula dari zaman prasejarah lagi. Gua Charas ini dikelilingi dengan ladang kelapa sawit, jadi bersedialah untuk menempuhi jalan yang agak kotor keadaannya.

Dakian di Gua Charas ini adalah sangat mudah dan sesuai bagi anda yang baru-baru nak ke alam mendaki ini. Ini adalah kerana Gua Charas ini telah menyediakan jalan serta dilengkapi dengan pencahayaan sepanjang pendakian anda.

BACA: 5 Aktiviti Yang Anda Mesti Lakukan Jika Melancong Ke Sungai Lembing



Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk habis, dan akan berakhir setelah anda menjumpai patung ‘Sleeping Buddha’ di dalam gua itu. Selain itu, terdapat juga patung bersaiz sederhana dan bersaiz kecil yang boleh anda jumpai semasa dakian anda.

Gua Charas ini mempunyai lapan buah gua yang berbeza yang merebak seluas 92 hektar. Salah satunya merupakan, Gua Gelap dimana patung ‘Slepping Buddha' yang terkenal berada. Ia ditemui oleh seorang sami yang bernama Tham Achran Sakatapunya pada tahun 1950-an.





Gua Gelap dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1972. Selain daripada patung Buddha yang berbaring, bukit-bukit batu itu juga dikatakan menyerupai seorang lelaki berjanggut, pasangan bersama seorang anak, dan burung helang.

Gua Charas ini masih banyak laluan yang sangat misteri dan dakian yang anda lakukan hanya segelintir daripadanya gua ini.

Sertai kami di Instagram dan Telegram @kuantanloka untuk lebih banyak info percutian terkini di Negeri Pahang
Previous Post Next Post
Sponsored