Lemak Dan Rangup, 'Pelam Asam Boi' Depan UTC Kuantan Ini Buat Kami Mengidam Tanpa Sebab



Mangga asam boi, satu lagi antara makanan yang tengah trending dikalangan rakyat Malaysia. Orang kita ini kalau bab cipta makanan yang sedap-sedap memang tak pernah ketinggalan dan paling penting kreatif!

Kalau anda perasan di depan UTC Kuantan ada gerai yang menjual mangga asam boi. Gerai kanopi warna kuning dengan baner besar bertulis Pelam Asam Boi.

Buat ibu mengandung atau siapa sahaja yang mengidam nak makan mangga asam boi, ini lokasi yang kami syorkan. Dijamin sedap dan menepati selera. Rasa mangganya lemak-lemak manis, masam, dan rangup tu sempurna sungguh.

Di Kuantan ada banyak yang jual, tapi ada sekali tu kami pernah terkena beli mangga yang dah over masak, lembik, asam pula terlebih masin dan rasa sedikit pahit.



Setakat ini pengalaman kami dengan Pelam Asam Boi depan UTC ini masih belum pernah mengecewakan. Mangganya berlemak tambah pula rasa asam yang masam-masam manis dan sedikit pedas tu power betul. Rangup!

Biasanya kalau mengindam nak makan mangga ni orang mengandung saja kan? Tapi yang ini tak mengandung pun boleh mengindam tanpa sebab.

Istimewanya Pelam Asam Boi depan UTC Kuantan ini menggunakan mangga lemak yang diimport fresh dari Thailand setiap hari. Manakala proses pembuatanya pula dihasilkan setiap hari untuk penjualan hari yang sama, jadi anda memang akan dapat mangga yang betul-betul fresh sahaja.



Pelam Asam Boi ini boleh didapati dalam pek RM5 atau RM10 sebekas. Tempahan juga boleh dipesan melalui aplikasi Food Panda, tapi kalau nak lebih mudah anda boleh tempah terus kepada Pelam Asam Boi melalui Whatsapp ke 016-214-2426. Perkhidmatan penghantaran secara percuma ke kawasan sekitar 5km dari Bandar Kuantan disediakan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ikuti Pelam Asam Boi di Instagram @sukamakanhq atau Facebook Suka Makan.

Pelam Asam Boi, Suka Makan HQ
Lokasi: Gerai depan UTC Kuantan
Whatsapp: 016-214-2426



Fuh! Beli, lepas tu simpan dalam peti sejuk memang satu tip yang bernas.

Jangan lupa follow instagram dan sertai @kuantanloka di Telegram untuk tahu lebih banyak tempat-tempat makan yang berbaloi di Pahang.
Previous Post Next Post
Sponsored