Ladang Teh Boh Sungai Palas, Antara Ladang Teh Tercantik Di Asia Tenggara

Gambar: cameronhighland
Teh pertama yang ditanam di Cameron Highlands adalah pada tahun 1929 setelah didapati bahawa perniagaan teh boleh ditingkatkan lagi jika ditanam di tanah tinggi. Pemetik teh biasanya akan memulakan kerja sebelum matahari terbit dan mereka hanya akan memetik pucuk daun teh sahaja.

Dan di Cameron Highlands terletaknya, Ladang Teh Boh Sungai Palas yang dimiliki dan diuruskan oleh syarikat teh terbesar Malaysia. Boh Tea Sungai Palas adalah ladang teh yang terletak di Brinchang kira-kira 5 km ke utara dari bandar atau 2km dari Kea Farm.

Gambar:  cameronhighland

Disini bukan sahaja anda boleh melihat pemandangan menakjubkan tetapi juga boleh menikmati teh di Boh di kafe yang berada sini. Pelancong juga boleh melawat galeri yang mempamerkan sejarah pencapaian dan usaha amal Boh melalui poster yang digantung dari siling dan dinding.

Lawatan kilang juga boleh dilakukan disini. Kilang ini akan mengisar dan memproses daun teh yang dikumpulkan setiap hari dari ladang di sekeliling yang kemudiannya akan disusun untuk dirasa dan digredkan di makmal kilang ini.

Di sepanjang jalan kesini, anda dapat menikmati pemandangan indah ladang teh yang sangat luas. Diingati bahawa ia dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang namun Sungai Palas ditutup setiap hari Isnin.

Gambar: cameronhighland

Gambar: cameronhighland

Gambar: cameronhighland

Pastikan anda bersedia terlebih dahulu sebelum datang ke ladang teh ini, kerana jalan di sini adalah berliku-liku dan sempit. Tidak termasuk lagi dengan kesesakan orang ramai yang mampu membuatkan anda pening. Jadi pastikan meter kesabaran anda penuh sebelum datang kesini.

BACA JUGA: Hutan Lumut Mossy Forest Di Pahang Ini Merupakan Salah Satu Hutan Tercantik Di Dunia

Sertai kami di Instagram dan Telegram @kuantanloka untuk lebih banyak info percutian terkini di Negeri Pahang
Previous Post Next Post
Sponsored