Kisah Lagenda Negeri Pahang, Naga Tasik Chini Bakal Difilemkan


Naga Tasik Chini, kisah lagenda yang popular di negeri Pahang ini tidak lama lagi akan ke layar perak. Berjudul The Chini Saga, filem bergenre epik, fantasi, aksi dan pengembaran ini bakal diterbitkan setaraf filem Hollywood.

The Chini Saga akan diilhamkan oleh pengarah Pveeze Zain dengan kerjasama Pertubuhan Generasi Digital Malaysia dan ia telah pun mendapat suntikan pembiayaan sebanyak USD 25 juta iaitu lebih kurang RM102 juta daripada RSB Investment Bank.

Filem fantasi hasil adapatasi kisah dogeng tempatan ini khabarnya bakal menggunakan 90% kaedah Visual Effect (VFX) dibarisi pelakon terkenal seperti Jackie Chan.

Menurut pengarah Pveeze Zain, filem The Chini Saga diyakini berjaya menebusi box office seperti filem Hollywood lain.

Sekiranya semua berjalan lancar, pengembaran bagi filem The Chini Saga ini akan dijalankan pada penghujung tahun 2020 dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun.
Previous Post Next Post
Sponsored